Op Dadu Mega: 21 premis diserbu, 85 individu ditahan

Sejak awal tahun ini, PDRM telah menyerbu 117 premis pusat panggilan perjudian dan menahan 713 individu. - Foto PDRM
KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 85 individu dalam siri serbuan Op Dadu Mega yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara antara Sabtu lalu hingga semalam (selasa).
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 85 individu dalam siri serbuan Op Dadu Mega yang fokus pada perjudian dalam talian secara haram melalui pusat panggilan, merampas peralatan elektronik penting seperti komputer dan telefon bimbit.
- Dari 21 premis yang diperiksa, 20 dijadikan pusat panggilan untuk promosi laman web perjudian yang merangkumi pelanggan dari Filipina, China, dan Australia, manakala satu lagi premis terlibat dalam penipuan pelaburan tidak wujud.
- Sejak awal tahun ini, PDRM telah menyerbu 117 premis pusat panggilan perjudian dan menahan 713 individu, serta akan meneruskan operasi seumpama ini bagi membanteras perjudian tanpa lesen di Malaysia.
Sebuah lagi premis pula berfungsi sebagai pusat panggilan bagi aktiviti penipuan pelaburan tidak wujud menyasarkan warga tempatan.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, tangkapan membabitkan 62 lelaki dan 23 wanita yang dipercayai berperanan sebagai operator serta pegawai khidmat pelanggan.
“Daripada jumlah itu, 47 adalah warga tempatan manakala 38 lagi warga asing.
“Polis turut merampas pelbagai peralatan seperti komputer, tablet dan telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelasnya, kesemua suspek dibawa ke ibu pejabat polis daerah masing-masing untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut di bawah beberapa peruntukan undang-undang, termasuk Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953, Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63.
Kumar berkata, sejak 1 Januari hingga semalam, pihaknya telah menyerbu 117 premis yang dijadikan pusat panggilan perjudian dan menahan 713 individu.
“PDRM menegaskan operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan bagi membanteras aktiviti perjudian tanpa lesen di seluruh negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


