awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
24/08/2022
12:40 MYT
Op Dadu: Polis berkas 17 kaki judi di Air Itam
Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin. - Foto ihsan polis
GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 17 individu termasuk lapan orang wanita kerana terlibat dengan aktiviti perjudian di sebuah premis di kawasan Air Itam, Pulau Pinang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua mereka berusia di antara 34 hingga 77 tahun ditahan dalam serbuan menerusi Op Dadu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut .
Soffian berkata, dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang itu polis merampas peralatan yang digunakan untuk bermain judi jenis belangkas selain wang tunai berjumlah RM30,316 daripada kumpulan berkenaan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta seorang wanita warga asing.
“Salah seorang suspek yang ditahan merupakan penganjur bagi aktiviti perjudian terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Soffian berkata, tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau bersabit kesalahan jenayah serta dadah.
Beliau berkata, semakan yang dibuat juga mendapati wanita warga asing yang ditahan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.
“Kita dapati mereka ini baharu sahaja menjalankan aktiviti perjudian terbabit selama satu hari di premis itu,” jelasnya.
Tambah beliau, kesemua yang ditangkap kini direman selama dua hari dan akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala perempuan warga asing disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63.
Topic Berkaitan
#kaki judi
#aktiviti perjudian
#polis pulau pinang
#Air Itam
#Polis Daerah Timur Laut
#Op Dadu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan