awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
Thailand hantar pulang 18 tentera Kemboja - Kementerian Luar
Satelit terbesar dunia dilancar, sambungan 5G terus dari angkasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Khas kenderaan perdagangan, JPJ keluarkan 177 saman

Bernama
Bernama
16/03/2024
06:45 MYT
Op Khas kenderaan perdagangan, JPJ keluarkan 177 saman
JPJ Pulau Pinang memaklumkan penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan akan terus dilaksanakan. - Gambar fail/Bernama
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 177 saman terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan dan pelbagai kesalahan teknikal lain dalam Op Khas di Plaza Tol Juru di sini malam tadi.
JPJ Pulau Pinang memaklumkan operasi bermula 11 malam hingga 7 pagi ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333).
"Kesalahan lain dikesan tiada lesen memandu, tiada lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL) serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, pasang lampu strob tanpa kebenaran, cermin gelap dan ubah suai kenderaan," menurut JPJ Pulau Pinang menerusi laman Facebook rasminya.
JPJ Pulau Pinang memaklumkan penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan pemandu serta pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang selain memastikan kenderaan selamat digunakan di jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Pulau Pinang
#Op Khas
#kenderaan perdagangan
#saman
#bawa lebih muatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan