TAWAU: Polis Tawau mengeluarkan 108 saman trafik dalam Op Motosikal yang diadakan di Batu Dua Jalan Apas di sini pada Ahad.
Operasi Unit Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau itu melibatkan kekuatan seorang pegawai dan enam anggota trafik, dengan bantuan empat polis sukarela.
Operasi dari jam 3 petang hingga 7 petang itu tertumpu kepada pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu dan kesalahan ubah suai struktur kenderaan.
Sebanyak 160 buah kenderaan dan 190 orang diperiksa sepanjang operasi tersebut, kata Pegawai Penyiasat Kanan Trafik IPD Tawau ASP Joen Lee yang mengetuai operasi.
Kesalahan yang paling banyak ditemui ialah memandu tanpa memiliki lesen memandu, iaitu seramai 44 orang, yang berdepan tindakan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 90 akta sama.
Pada masa sama, 30 pemilik kenderaan turut disaman kerana membenarkan individu yang tidak mempunyai lesen memandu kenderaan mereka.
Lee berkata, polis memandang serius setiap pengguna lalu lintas yang tidak mempunyai lesen memandu dan menyebabkan kes kemalangan di daerah itu semakin meningkat.
"Fokus operasi pada petang ini adalah, kami tertumpu kepada kesalahan-kesalahan trafik, terutama sekali kepada penunggang dan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu.
"Kesalahan-kesalahan yang kami temui adalah pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu dan ubah suai struktur kenderaan seperti ekzos dan penutup rantai motosikal," katanya.
Menurut Lee, operasi demikian rutin diadakan setiap hujung minggu bagi mengesan kesalahan trafik yang dilakukan pengguna jalan raya.
"Kepada pemandu-pemandu kenderaan, syarat utama ialah wajib memiliki lesen memandu. Ia sangat penting, terutama sekali apabila berlakunya kemalangan," tambahnya.
Sebanyak lapan motosikal turut disita dan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk tindakan lanjut kerana pemandu tidak mempunyai lesen memandu dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Untuk rekod, sepanjang Januari sehingga Julai tahun ini, 771 kes kemalangan direkodkan di daerah Tawau, melibatkan 17 kes kemalangan maut yang meragut 18 nyawa.
Petrus Bernard
Mon Aug 02 2021
Kesalahan yang paling banyak ditemui dalam Op Motosikal di Batu Dua Jalan Apas, Tawau, semalam ialah memandu tanpa memiliki lesen memandu. - Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat maut selepas dua lori bertembung di Cameroon
Mangsa yang terkorban dan cedera telah dibawa ke hospital berhampiran.
Sejam berpaut pada kayu, pemuda nyaris maut motosikal dihanyut arus deras
Mangsa terpaksa berpaut pada dahan pokok kira-kira sejam sebelum diselamatkan pasukan bomba.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
Mekanik maut motosikal langgar tiang lampu
Mangsa dipercayai hilang kawalan dan menyebabkannya melanggar tiang lampu di tepi jalan.
JAS Pulau Pinang keluar kompaun RM374,000, kesalahan babit kenderaan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 187 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan bernilai RM374,000 dalam operasi di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga semalam di seluruh negeri berkenaan.
Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak
Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak
11 motosikal musnah dalam kebakaran
Kebakaran kira-kira 6.50 pagi itu turut memusnahkan sebuah lori yang diparkir berhampiran garaj berkenaan.
Polis kesan pemandu kereta langgar lari penunggang motosikal di Lebuhraya SILK
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal di Kilometer 3.0 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) arah Balakong, semalam.
Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam
Suspek dipercayai seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC telah berpura-pura melanggar kereta mangsa jenis Mercedes Benz.
Rumah sampah KLCC terbakar
Kebakaran berlaku di bahagian tangga laluan kecemasan melibatkan longgokan kotak yang terbakar di dalam tong sampah.