awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Murni: ATM bersama JKR bina jambatan sementara di Kampung Jawa

Bernama
Bernama
02/01/2022
11:26 MYT
Op Murni: ATM bersama JKR bina jambatan sementara di Kampung Jawa
Pemasangan jambatan ini merupakan usaha bagi memulihkan laluan perhubungan penduduk di kawasan tersebut, yang terjejas kerana jambatan asal runtuh akibat banjir baru-baru ini. - Facebook Angkatan Tentera Malaysia
KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Operasi Murni (Op Murni) bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), bagi membina jambatan sementara di Kampung Jawa, Sungai Lui, Hulu Langat dekat sini, bagi menggantikan jambatan asal yang runtuh akibat banjir bulan lepas.
ATM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya hari ini menyatakan jambatan 'Compact Bailey 200' sepanjang 18.24 meter (m) dan lebar 7.35 m itu, merupakan aset yang dibekalkan oleh JKR Selangor dan akan memberi manfaat kepada 12 keluarga yang menetap di kampung berkenaan.
"Pemasangan jambatan ini merupakan usaha bagi memulihkan laluan perhubungan penduduk di kawasan tersebut, yang terjejas kerana jambatan asal runtuh akibat banjir baru-baru ini.
"Program ini di bawah Markas 4 Divisyen dan bantuan Rejimen Askar Jurutera DiRaja melalui Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD), telah berkolaborasi dengan JKR Daerah Hulu Langat dan Daerah Petaling dalam kerja-kerja pemasangan jambatan ini," menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu menyatakan penugasan berkenaan, adalah selaras dengan Teras Kementerian Pertahanan dan ATM serta Tonggak Ke-5 Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Meningkatkan Kerjasama ATM dan Tentera Darat Malaysia bersama dengan agensi awam dan rakyat.
Sementara itu JKR dalam kenyataannya menyatakan jambatan berkenaan akan boleh digunakan oleh orang ramai, bermula Selasa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ATM
#jambatan
#JKR
#Kampung Jawa
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan