MALAYSIA
Op Noda: Pelacur Jepun, Rusia, Uzbekistan antara 21 ditahan di Kuala Lumpur
Polis menyerbu premis disyaki menawarkan aktiviti persundalan pada Khamis. - Foto JSJ Bukit Aman
KUALA LUMPUR: Kegiatan persundalan yang berselindung di sebalik sebuah hotel dan apartment di Petaling Jaya serta Subang Jaya diserbu pada Khamis.
Ringkasan AI
Serbuan Op Noda pada jam 6.30 petang itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil risikan dan maklumat awam.
Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil serbuan ini membawa kepada penangkapan 21 individu termasuk tiga rakyat tempatan.
Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun berperanan sebagai penjaga wanita terbabit ditahan bersama 20 wanita disyaki menjalankan khidmat pelacuran.
"Kesemua wanita terbabit terdiri daripada dua wanita tempatan, lapan wanita warga China, masing-masing tiga wanita warga Mongolia dan Uzbekistan serta masing-masing satu wanita warga Jepun, Rusia, Vietnam dan Laos.
"Modus operandi sindiket pelacuran ini adalah menawarkan perkhidmatan seks melalui laman web dengan mempamerkan gambar-gambar wanita berpakaian seksi dengan meletakkan pakej serta harga untuk setiap perkhidmatan seks," katanya pada Sabtu.
Beliau berkata, harga yang ditawarkan antara RM400 hingga RM1,000 untuk setiap perkhidmatan dan bayaran akan dibuat terus kepada pelacur.
Tambah Fadil, sindiket ini menjadikan bilik-bilik hotel di tingkat yang berbeza sebagai tempat menjalankan aktiviti seks dan menyewa unit apartment bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Pelanggan yang hendak mendapatkan khidmat seks ini akan membuat tempahan melalui nombor telefon yang tertera di laman web dan seterusnya mereka akan diberikan lokasi dan nombor bilik sebaik tiba di lokasi," ujarnya.
Katanya lagi, Op Noda terbabit turut merampas 59 kondom, 21 tuala mandi, 21 telefon bimbit, 16 kad akses dan wang tunai berjumlah RM4,470 yang disyaki hasil aktiviti persundalan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta sama dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Serbuan Op Noda oleh JSJ Bukit Aman di hotel dan apartment sekitar Petaling Jaya dan Subang Jaya membawa kepada penahanan 21 individu termasuk tiga rakyat tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran.
- Sindiket dipercayai menawarkan perkhidmatan seks melalui laman web dengan harga antara RM400 hingga RM1,000, menggunakan bilik hotel dan unit apartment untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
- Rampasan termasuk kondom, telefon bimbit, kad akses dan wang tunai RM4,470; kes disiasat di bawah beberapa peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen.