awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Pantau: Hampir 20,000 premis diperiksa

Bernama
Bernama
31/03/2023
23:00 MYT
Op Pantau: Hampir 20,000 premis diperiksa
Fuziah membuat lawatan ke gerai Rahmah sebelum menyempurnakan Majlis Pelancaran Jualan Rahmah dan Majlis Iftar sempena Hari Pengguna Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur, 31 Mac 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) setakat ini telah memeriksa 19,985 premis menerusi Op Pantau 2023.
Timbalan Menteri berkenaan Fuziah Salleh berkata 113 kes dikesan atas pelbagai kesalahan dengan jumlah kompaun sebanyak RM17,000.
"Kita mahu pastikan rakyat mendapat hak mereka ... sebab itu premis ini dipantau setiap hari," katanya selepas melancarkan Jualan Rahmah dan majlis iftar bersempena dengan Hari Pengguna Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini semalam.
Beliau berkata daripada keseluruhan premis diperiksa itu, Negeri Sembilan mencatatkan kes kesalahan paling tinggi dengan 37 kes, diikuti Johor (21) dan Pulau Pinang (17).
Op Pantau 2023 dilaksanakan secara seragam dan berfokus bermula 23 Mac hingga 21 April ini dengan tumpuan operasi seperti di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktiviti jualan dalam talian.
Pemeriksaan memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, alat timbangan, penjualan barang tiruan atau cetak rompak dan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa (HRP) 2023.
Sementara itu, Fuziah berkata Jualan Rahmah sempena Hari Pengguna Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berlangsung dari 25 Mac sehingga seminggu selepas Aidilfitri melibatkan 15 rakan strategik dan 11 kawasan Parlimen, dengan diskaun 10 hingga 30 peratus ditawarkan bagi barangan keperluan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fuziah Salleh
#Op Pantau 2023
#premis diperiksa
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan