awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Patuh: 213 kilang, premis perniagaan dikompaun - Hamzah

Bernama
Bernama
03/07/2021
13:57 MYT
Op Patuh: 213 kilang, premis perniagaan dikompaun - Hamzah
Hamzah berkata, KDN akan terus menyelaras Op Patuh secara besar-besaran dan serentak, dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sejumlah 213 kompaun dikeluarkan terhadap kilang dan premis perniagaan, kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara dalam Operasi Patuh (Op Patuh), yang dijalankan di seluruh negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, lebih 19,000 kilang dan premis perniagaan diperiksa dalam operasi bersepadu itu, yang melibatkan 26,504 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi penguatkuasa pematuhan SOP, yang diketuai Polis Diraja Malaysia.
"Dalam pada itu, pemeriksaan pasukan penguatkuasa di lapangan mendapati, terdapat banyak premis yang memperoleh kebenaran untuk beroperasi, tetapi tidak beroperasi semasa pemeriksaan Op Patuh semalam," katanya pada sidang media khas Op Patuh di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.
Hamzah berkata, pihak penguatkuasa mengenal pasti premis-premis itu, dan akan menjalankan siasatan lanjut secara berkala selepas ini, terhadap premis yang mencurigakan.
"Ini kerana terdapat kilang dan premis yang tutup pada hari operasi dijalankan dan berkemungkinan dibuka pada hari biasa," katanya sambil memberitahu sembilan kilang diarah tutup kerana melanggar SOP.
Beliau berkata, Op Patuh semalam mendapati ada beberapa kilang yang beroperasi dengan mematuhi SOP serta mengamalkan 'best practices', bagi mengekang penularan COVID-19 di tempat kerja.
Hamzah berkata, KDN akan terus menyelaras Op Patuh secara besar-besaran dan serentak, dalam tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara bagi mengekang penularan COVID-19 dalam negara, terutama dalam kalangan pekerja di sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi.
Turut hadir Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim, serta Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee.
Topic Berkaitan
#Op Patuh
#kilang
#perindustrian
#Hamzah Zainudin
#saman
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan