awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Patuh: Polis Kelantan keluar 27 kompaun

Bernama
Bernama
04/07/2021
20:00 MYT
Op Patuh: Polis Kelantan keluar 27 kompaun
Polis Kelantan mengeluarkan 27 kompaun berjumlah RM79,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan COVID-19 dalam Ops Patuh di negeri ini sejak dua hari lepas. -Gambar fail
TUMPAT: Polis Kelantan mengeluarkan 27 kompaun berjumlah RM79,000 bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi menyekat penularan COVID-19 dalam Ops Patuh di negeri ini sejak dua hari lepas.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata lapan daripada 27 kompaun itu melibatkan kesalahan orang awam yang gagal mematuhi SOP seperti tidak memakai pelitup muka, di sekitar Kota Bharu yang membabitkan nilai RM8,000.
"Tiga kilang dikenakan kompaun di Tumpat berjumlah RM4,500, lima di Pasir Puteh (RM33,000), satu di Gua Musang (RM1,500) dan 10 di Kuala Krai (RM32,000)," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Kutan Tengah, di sini pada Ahad.
Beliau berkata 1,609 premis dan 223 kilang diperiksa di Kelantan di bawah operasi berkenaan sejak dua hari lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#Kota Bharu
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#polis
#Gua Musang
#Kuala Krai
#pelitup muka
#Ops Patuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan