MALAYSIA
Op Pedo 2.0: Remaja 17 tahun jana RM76,000 jual bahan lucah kanak-kanak di ruang siber
PDRM memaklumkan peningkatan ketara jumlah fail digital berkaitan CSAM dari tahun ke tahun kini menuntut peningkatan kapasiti penyiasatan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikesan menjana aliran kewangan berjumlah RM76,000 dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, hasil daripada transaksi jual beli bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) di ruang siber.
Ringkasan AI
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dapatan itu diperoleh hasil pelaksanaan Operasi Khas Op Pedo 2.0, yang mendedahkan pola baharu jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak yang semakin terancang dan bermotifkan keuntungan kewangan.
Mohd Khalid turut mendedahkan penglibatan individu yang diberi amanah seperti guru agama dalam kegiatan berkenaan, sesuatu yang disifatkan sebagai pengkhianatan terhadap nilai moral dan sosial yang sepatutnya dijunjung oleh golongan berkenaan.
"Selain remaja berusia 17 tahun itu, operasi turut mengesan penglibatan pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta individu dewasa lain berusia antara 12 hingga 71 tahun, yang berperanan sama ada sebagai pengguna, pengedar atau pengurus akaun kumpulan yang mengedarkan bahan lucah kanak-kanak.
"Siasatan mendapati suspek-suspek terlibat menggunakan pelbagai platform termasuk Telegram, WhatsApp, Facebook, Instagram, Tumblr, dark web serta storan awan (cloud storage) untuk mengakses, memuat turun dan berkongsi bahan CSAM," katanya dalam sidang media Op Pedo Bersepadu PDRM-SKMM di Bukit Aman pada Jumaat.
Lebih membimbangkan ujarnya, sebahagian daripada mereka bertindak sebagai pentadbir (admin) kumpulan Telegram yang menawarkan akses berbayar kepada bahan eksploitasi seksual kanak-kanak, dengan bayaran dibuat melalui transaksi e-dompet dan kod QR perbankan.
“Kewujudan elemen komersialisasi dalam jenayah ini menunjukkan ia semakin berstruktur dan terancang, berbanding sebelum ini yang lebih bersifat individu," ujarnya.
PDRM memaklumkan peningkatan ketara jumlah fail digital berkaitan CSAM dari tahun ke tahun kini menuntut peningkatan kapasiti penyiasatan, kepakaran forensik digital dan sistem penyimpanan bukti bagi menangani pertumbuhan eksponen data jenayah siber.
Menegaskan komitmen terhadap pembanterasan jenayah ini, Mohd Khalid berkata kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam talian adalah kesalahan serius yang tidak akan dikompromi.
PDRM turut menyeru masyarakat supaya mempertingkatkan kesedaran keselamatan digital, mengawal penggunaan peranti dalam kalangan anak-anak, dan menyemai nilai moral serta akhlak bagi membendung ancaman eksploitasi kanak-kanak di dunia siber moden.
“PDRM akan terus memperkukuh kolaborasi strategik dengan MCMC serta agensi penguat kuasa nasional dan antarabangsa bagi memastikan kanak-kanak dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi, penderaan dan diskriminasi.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang memperdagangkan maruah dan keselamatan anak bangsa,” tegasnya lagi.
Ringkasan AI
- Op Pedo 2.0 mendedahkan seorang remaja 17 tahun menjana RM76,000 hasil jual beli bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, menggunakan platform seperti Telegram, WhatsApp dan dark web.
- Operasi turut mengesan penglibatan pelajar sekolah, penuntut IPT dan individu berusia 12 hingga 71 tahun, termasuk guru agama, dengan sebahagian bertindak sebagai pentadbir kumpulan yang menawarkan akses berbayar melalui e-dompet dan kod QR.
- PDRM menegaskan komitmen membanteras jenayah ini melalui kerjasama strategik dengan MCMC dan agensi antarabangsa, serta menyeru ibu bapa tingkatkan kawalan penggunaan peranti bagi melindungi kanak-kanak daripada eksploitasi siber.