MALAYSIA
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
Muhammad Kifli (depan) meninjau kenderaan yang disita dalam Op PeWA. - Gambar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Etnik Rohingya dan warga Indonesia dikenal pasti antara kumpulan paling ramai dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) dari 2023 hingga 2025.
Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sepanjang tempoh itu, JPJ telah mengeluarkan sejumlah 482,742 saman terhadap pemandu warga asing atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Sebanyak 15,789 kenderaan disita dengan jumlah kutipan kompaun mencecah RM25.3 juta.
“Saman dikeluarkan itu meliputi 462,835 pemandu dengan kumpulan tertinggi melibatkan etnik Rohingya, selain warga Bangladesh, Indonesia, Pakistan, negara Asia Barat, India dan China.
“Tiga kesalahan utama sering dikesan membabitkan pemandu warga asing ialah tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, dan tiada perlindungan insurans, selain mengubah suai kenderaan yang melanggar piawaian JPJ,” jelas Kifli dalam satu sidang media, di sini, pada Jumaat.
Jelasnya lagi, walaupun kesalahan ini mungkin dilihat kecil, namun ia boleh merisikokan keselamatan pengguna jalan raya lain.
Selain itu, pecahan saman mengikut tahun menunjukkan peningkatan ketara iaitu 107,766 saman pada 2023, diikuti 183,300 saman pada 2024 dan 191,476 saman pada 2025.
Tegas Kifli, majikan dan rakyat Malaysia tidak seharusnya menyewakan kenderaan kepada warga asing tanpa kelayakan dan dokumen sah.
“Mudah sahaja, kalau tak mahu masalah ini berterusan, rakyat Malaysia jangan bagi sewa kenderaan kepada warga asing tanpa kelayakan. Warganegara kita kalau didapati bersalah, boleh dikenakan saman.
“Tetapi saman ini murah sangat, sekitar RM150 begitu. Mereka (pesalah) sanggup bayar sebab pulangan sewaan yang diberikan lebih lumayan.
“Berdasarkan siasatan kami, caj sewaan kepada warga asing adalah RM100 hingga RM200 sebulan bagi sebuah motosikal atau kereta.
“Ini belum masuk lagi warganegara Asia Barat yang menyewa kereta untuk dijadikan 'prebet sapu' bagi membawa penumpang dari negara mereka sendiri,” kata Kifli.
Dalam perkembangan sama, katanya Op PeWA oleh JPJ Kuala Lumpur pada 5 hingga 6 Feberuari memeriksa 566 kenderaan, dan daripada jumlah itu 57 motosikal serta empat kereta disita.

#Ops Pewa
#warga asing
#kesalahan lalu lintas
#JPJ
#Rohingya
#Indonesia
#Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan