Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok

Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama

Sinar Harian
Sinar Harian
18/09/2024
07:01 MYT
Op Pump: SPRM tunggu masa sesuai tahan dalang utama
Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada sidang media Ops Setting di ibu pejabat SPRM hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunggu masa sesuai untuk menahan warga Bangladesh yang dipercayai dalang utama membawa masuk warga asing dari negara itu ke Malaysia menggunakan modus operandi 'counter setting' atau laluan kaunter khas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, suspek dalam Op Pump itu masih berada di negara ini namun belum dapat ditahan kerana berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.
Kata beliau, berdasarkan siasatan dilakukan, suspek mempunyai perniagaan di negara ini.
"Kita masih belum dapat sebarang keputusan daripada pihak berkuasa di Bangladesh berhubung kegiatan suspek yang dipercayai menjadi pengatur kepada ejen membawa masuk pekerja ke Malaysia.
"Kelewatan ini disebabkan pergolakan atau ketidakstabilan politik yang berlaku di Bangladesh ketika ini," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu.
Azam berkata, suspek yang dipantau itu dipercayai terlibat dengan ejen utama pencari kerja melibatkan warganegara tersebut.
Sehubungan itu katanya, SPRM menanti masa sesuai untuk bertindak ke atas suspek termasuk menahannya bagi membantu siasatan lanjut. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#Op Pump
#laluan kaunter khas
#counter setting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan