awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok

Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok

Bernama
Bernama
28/01/2026
15:43 MYT
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
Pertuduhan terhadap kesemua individu akan dijalankan pada waktu pagi di beberapa mahkamah berasingan di ibu negara dan Seremban, Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua perisikan dan seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) antara beberapa individu akan didakwa di mahkamah esok berhubung kes rasuah membabitkan operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, pertuduhan terhadap kesemua individu itu akan dijalankan pada waktu pagi di beberapa mahkamah berasingan di ibu negara dan Seremban, Negeri Sembilan.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Datuk Mohd Razali Alias dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan Hakim Suzana Hussin, manakala seorang pegawai kanan ATM di mahkamah sama di hadapan Hakim Rosli Ahmad, kedua-duanya pada 9 pagi.
Dalam perkembangan sama, dua individu yang ditahan menerusi Op Nature iaitu seorang warga asing dan seorang individu bergelar Datuk akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban.
Seorang penjawat awam yang ditahan menerusi Op Pump pula akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Sebelum ini, media melaporkan Op Nature dijalankan secara serentak oleh SPRM Selangor dan SPRM Negeri Sembilan di dua lokasi, iaitu Klang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan pada 20 Jan lepas.
Op Pump pula menyaksikan SPRM menahan 37 pegawai agensi penguat kuasa disyaki bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi 'Counter Setting' atau laluan kaunter khas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas ketua perisikan
#pegawai kanan ATM
#Rasuah
#perbicaraan
#mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.