awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op PUU: Halang lalu lintas kekal kesalahan tertinggi, 3,559 notis dikeluarkan

Bernama
Bernama
19/09/2025
20:45 MYT
Op PUU: Halang lalu lintas kekal kesalahan tertinggi, 3,559 notis dikeluarkan
Mohamed Usuf berkata, sebanyak 10,036 notis kesalahan pelbagai jenis dikeluarkan sepanjang operasi dari 16 hingga 18 Sept itu. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Menghalang lalu lintas kekal menjadi antara kesalahan utama direkodkan sepanjang tiga hari pelaksanaan fasa advokasi Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) di ibu negara, dengan 3,559 notis dikeluarkan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, sebanyak 10,036 notis kesalahan pelbagai jenis dikeluarkan sepanjang operasi dari 16 hingga 18 Sept itu.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 8,006 notis dikeluarkan menerusi operasi harian, 1,330 menerusi operasi bersepadu, manakala 700 lagi dalam program Op Didik.
"Sebanyak 9,508 notis melibatkan pelbagai jenis kenderaan, manakala 528 notis lagi dikeluarkan kepada pejalan kaki.
"Selain kesalahan halangan lalu lintas, kesalahan lain yang turut direkodkan termasuk gagal mematuhi isyarat lampu trafik (2,326 notis), tidak menggunakan lintasan pejalan kaki (1,835), berhenti di petak kuning (525) dan berhenti melepasi garisan putih di persimpangan lampu isyarat (470)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohamed Usuf berkata, penunggang motosikal mencatat jumlah tertinggi dengan 4,578 notis, diikuti pemandu kereta (4,353), teksi (219), van (207) dan lori (146).
Antara kesalahan lain yang turut dikenakan tindakan termasuk penggunaan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi (224), nombor plat kotor, kabur atau berimej fancy (458), tidak memakai tali pinggang keledar (408), penunggang motosikal tidak memakai topi keledar (32) serta pengubahsuaian motosikal tanpa kebenaran (199).
Op PUU yang dilancarkan pada 6 Sept lepas, memberi tumpuan kepada pendekatan advokasi terhadap kesalahan kecil berkaitan peraturan jalan raya sebelum tindakan saman serta-merta dikuatkuasakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op PUU
#halang lalu lintas
#kesalahan tertinggi
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan