MALAYSIA
Op PUU: Lebih 80,000 saman dikeluarkan dalam tempoh 20 hari
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata walaupun kempen advokasi dan pemantauan telah dijalankan selama sebulan sebelum tindakan saman, masih ramai pengguna jalan raya enggan mengubah sikap. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 81,880 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya di ibu kota dalam tempoh 20 hari pelaksanaan Op Patuh Undang-Undang (Op PUU) sejak 1 Okt, sekali gus menunjukkan sikap sambil lewa terhadap terhadap pematuhan undang-undang trafik.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata walaupun kempen advokasi dan pemantauan telah dijalankan selama sebulan sebelum tindakan saman, masih ramai pengguna jalan raya enggan mengubah sikap.
"Jumlah ini amat membimbangkan. Jika trend ini berterusan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, ia menunjukkan kempen dan program dilaksanakan gagal memupuk perubahan tingkah laku," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Fadil berkata pemandu kereta merupakan golongan tertinggi dikenakan saman iaitu 66,859 saman, diikuti penunggang motosikal (11,346), pemandu van dan kenderaan utiliti sukan (1,142), pemandu lori (757), pemandu bas (109), pemandu teksi (625) dan pejalan kaki (1,042).
Beliau berkata antara kesalahan paling banyak direkodkan ialah halangan lalu lintas dengan 54,364 saman, ingkar isyarat lalu lintas (16,891), memandu tanpa lesen atau lesen tamat tempoh (2,388), cukai jalan tamat tempoh (1,501), kesalahan pejalan kaki seperti tidak menggunakan jejantas atau lintasan (1,042) serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi atau diubah suai (1,000).
Kesalahan lain termasuk berhenti melebihi garisan putih (575), melanggar lampu merah (541), tidak memakai atau tidak mengikat topi keledar dengan betul (513), menggunakan telefon bimbit ketika memandu (395), berhenti dalam kotak kuning (367), pengubahsuaian kenderaan tidak sah (312), tidak memakai tali pinggang keledar (296) dan memotong barisan atau melintasi garisan berkembar (44).
Fadil berkata Op PUU akan terus dilaksanakan secara menyeluruh dan berterusan sepanjang tahun dengan penglibatan pelbagai agensi serta jabatan berkaitan.
"Kita mahu warga kota membudayakan sikap berdisiplin yang mencerminkan rasa hormat terhadap undang-undang termasuk peraturan trafik yang dianggap kecil," katanya.
Fadil berkata operasi kini diperluaskan dari kawasan hotspot kepada semua kawasan di Kuala Lumpur dengan penglibatan setiap balai dan ibu pejabat polis daerah.
-- BERNAMA