MALAYSIA
Op PUU: Polis KL mula tindakan saman serta-merta 1 Okt

Fadil berkata fasa penguatkuasaan itu akan dilaksanakan berterusan tanpa mengira waktu di seluruh ibu negara bagi memastikan orang ramai sentiasa mematuhi undang-undang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Kuala Lumpur akan memulakan tindakan saman serta-merta kepada pesalah lalu lintas pada 1 Okt menerusi Op Patuh Undang-undang (PUU) selepas kira-kira sebulan melaksanakan fasa advokasi.
Ringkasan AI
- Polis Kuala Lumpur akan mula mengeluarkan saman serta-merta kepada pesalah lalu lintas mulai 1 Oktober menerusi Op Patuh Undang-undang (PUU) selepas fasa advokasi selama sebulan.
- Hampir 70,000 notis advokasi telah dikeluarkan sejak 6 September, dengan kesalahan paling kerap termasuk gangguan lalu lintas, parkir haram, melanggar lampu isyarat dan tidak memakai topi keledar dengan betul.
- Penguatkuasaan akan dijalankan sepanjang tahun, 24 jam di seluruh ibu negara bagi memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas secara berterusan.
Fadil berkata fasa advokasi Op PUU yang bermula pada 6 Sept merupakan inisiatif PDRM untuk memberi kesedaran secara menyeluruh kepada masyarakat mengenai kepentingan mematuhi undang-undang lalu lintas tanpa mengeluarkan saman, sebelum penguatkuasaan dilaksanakan.
Beliau berkata langkah itu diambil sebagai pendekatan lebih positif untuk mendidik dan membina hubungan baik dengan masyarakat, berbanding tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif.
Dalam tempoh kurang sebulan sejak program itu dilancarkan, Fadil berkata hampir 70,000 notis advokasi telah dikeluarkan di beberapa kawasan tumpuan utama di ibu negara.
"Antara kesalahan lalu lintas paling kerap ialah menyebabkan gangguan lalu lintas, meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan, melanggar garisan putih dan tidak berhenti semasa lampu isyarat merah.
"Kesalahan kecil seperti tidak memakai atau mengikat tali topi keledar dengan betul juga sering berlaku," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami