MALAYSIA
Op Sapu: Imigresen Kelantan tahan 25 pendatang
JIM Kelantan menahan 25 PATI dalam serbuan menerusi Ops Sapu di kawasan tanah tinggi Lojing, Gua Musang pada Isnin. - Gambar JIM Kelantan
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Kelantan menahan 25 pendatang tanpa izin dalam Op Sapu yang dijalankan di sekitar kawasan tanah tinggi Lojing, Gua Musang bermula dari Ahad lepas hingga semalam.
Pengarah Imigresen Kelantan Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata operasi bersepadu yang bermula pada 5 petang itu melibatkan 28 pegawai pelbagai pangkat.
Beliau berkata sepanjang dua hari operasi dijalankan, sebanyak 36 warga asing diperiksa dan 25 daripada mereka ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki warga Myanmar, empat lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki warga Nepal serta enam wanita warga Myanmar.
"Kesemua yang ditahan kini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan tinggal melebihi tempoh dibenarkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Yusoff Khan berkata pihaknya akan terus mempergiatkan operasi membanteras kehadiran pendatang di Kelantan, khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti Lojing.
"Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang bersubahat, melindungi atau memudah cara kemasukan serta kehadiran pendatang," katanya.
Beliau turut menggalakkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pendatang atau aktiviti mencurigakan melibatkan warga asing supaya membuat aduan melalui talian 019-9840377 atau sistem aduan awam menerusi laman web https://imi.spab.gov.my.
-- BERNAMA