awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat: 171 kematian direkodkan dalam tempoh 11 hari

Bernama
Bernama
29/01/2020
23:22 MYT
Op Selamat: 171 kematian direkodkan dalam tempoh 11 hari
Sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 290,567 saman dikeluarkan dengan 182,538 atau 62.8 peratus daripadanya membabitkan enam kesalahan utama. - Gambar fail
Sebanyak 171 kematian dan 155 nahas jalan raya yang mengakibatkan kematian direkodkan sepanjang 11 hari Op Selamat 16/2020 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, sehingga Selasa.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata jumlah kematian tertinggi adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dengan 112 kematian.
Katanya Selangor mendahului statistik bilangan kematian dengan 29, diikuti Johor (22), Sarawak (18), Pahang (17), serta Kedah dan Kelantan masing-masing 15.
Secara keseluruhan, Azisman berkata 16,942 kes kemalangan jalan raya direkodkan membabitkan 25,171 kenderaan sepanjang Op Selamat berkenaan.
"Selangor mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 4,702 kes, diikuti Johor (2,676), Kuala Lumpur (1,834) dan Perak (1,430)," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Rabu.
Sepanjang tempoh itu juga, menurutnya sebanyak 290,567 saman dikeluarkan dengan 182,538 atau 62.8 peratus daripadanya membabitkan enam kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan dan memotong di garis berkembar.
Op Selamat 16/2020 yang dilancarkan pada 18 Jan sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan diteruskan sehingga 1 Feb ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azisman Alias
#jalan raya
#kemalangan
#kematian
#Op Selamat
#pembonceng motosikal
#penunggang motosikal
#perayaan
#saman
#statistik
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan