SHAH ALAM: Polis Selangor akan melaksanakan Op Selamat 22 di 30 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya di negeri ini bermula 8 hingga 13 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara lokasi tumpuan adalah di jalan Ijok - Kuala Selangor, Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, Kilometer (KM) 407 - KM410 Lebuhraya Utara Selatan, Jalan Pelabuhan Barat, Jalan Meru, Jalan Salak - Sepang dan Jalan Serdang Jaya.
"Dalam operasi ini, sebanyak 11 lokasi operasi perangkap had laju dan tujuh Op Lancar akan dilaksanakan dengan kekuatan 843 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bagi memastikan lalu lintas bergerak lancar.
"Op Selamat 22 juga akan melibatkan kerjasama polis dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak konsesi lebuh raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sepanjang musim perayaan ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa bersama Petugas-petugas Polis dan Konsesi Lebuhraya di sini hari ini.
Hussein berkata kerjasama yang diselaraskan dengan agensi keselamatan lain bersama konsesi lebuh raya itu adalah antara usaha pihaknya memastikan perjalanan yang lancar serta mengurangkan kebarangkalian kemalangan jalan raya ketika orang ramai balik ke kampung dan pulang daripada berhari raya.
Beliau berkata Op Selamat yang bertemakan "Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi", itu akan melibatkan kekuatan sebanyak 7,114 pegawai dan anggota secara keseluruhan yang bersiap siaga memastikan keselamatan komuniti kekal terjamin ketika orang ramai meninggalkan kediaman untuk pulang ke kampung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Hussein berkata Op Selamat yang bertemakan "Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi", itu akan melibatkan kekuatan sebanyak 7,114 pegawai dan anggota secara keseluruhan. - Gambar fail/Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
Op Selamat 22: Polis tumpu 30 lokasi kerap kemalangan
Polis Selangor akan melaksanakan Op Selamat 22 di 30 lokasi yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan dan kesesakan jalan raya di negeri ini bermula 8 hingga 13 April.
Op Selamat 22 sempena Aidilfitri pada 8 hingga 13 April - KPN
PDRM akan melaksanakan Op Selamat 22 sempena Aidilfitri pada 8 hingga 13 April ini dengan tema Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi.