KUALA LUMPUR: Kes kemalangan jalan raya yang direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini menurun sebanyak 26 peratus kepada 11,325 kes berbanding 15,382 kes pada tahun lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sepanjang Op Selamat yang bermula pada 28 Jan hingga Sabtu lepas, jumlah kemalangan maut yang dilaporkan juga menurun 19 peratus kepada 108 kes daripada 133 kes pada tahun lepas.
"Angka kematian direkodkan adalah 119 kes berbanding 149 kes tahun sebelumnya, penurunan sebanyak 20 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Acryl Sani berkata penunggang dan pembonceng motosikal terus menjadi penyumbang utama kes kematian dengan merekodkan 82 kematian.
"Bagaimanapun, angka berkenaan menurun 15 peratus berbanding 97 kematian pada tahun lepas," katanya.
Beliau berkata dalam Op Selamat kali ini juga 351 individu telah ditahan menerusi Op Samseng Jalanan dengan 37 daripada mereka didapati positif dadah.
"Seramai 204 individu pula ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan disiasat di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Selain itu, 308,726 saman dikeluarkan iaitu meningkat 14 peratus berbanding tahun lepas, manakala 326 kes pecah rumah dicatatkan di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Acryl Sani turut mengucapkan tahniah kepada semua pihak terlibat dalam operasi dan pengguna jalan raya yang mematuhi peraturan dalam Op Selamat kali ini yang disifatkannya sebagai berjaya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 08 2022

Acryl Sani berkata sepanjang Op Selamat, jumlah kemalangan maut menurun 19 peratus kepada 108 kes daripada 133 kes pada tahun lepas. -BERNAMA

Skandal LCS: Kerajaan wajar pertimbang teruskan kontrak BNS dengan bersyarat - JKSTUPKK
JKSTUPKK mengesyorkan agar kerajaan wajar mempertimbang untuk meneruskan kontrak BNS untuk membekal LCS dengan bersyarat.
![AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983081/thumbnails/21298420541660741732160_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [17/08/2022] - Tulisan tangan Ahmad Zahid | Urusan kontrak projek LCS | Jika bersalah tetap bersalah
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri; 1. Perkembangan terbaharu Skandal LCS dedah arahan Zahid 2. Jawatankuasa dapati tadbir urus Kementerian Pertahanan lemah 3. Hishamuddin sedia didakwa jika terbabit skandal LCS

GiatMara dapat permintaan tinggi terutama daripada lepasan SPM
GiatMara menerima permohonan daripada 7,877 orang terutama dalam kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus bagi kemasukan Julai lepas.

Skandal LCS: Tiada dana tambahan untuk kapal pertama - Hishammuddin
Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual.

Taylor's University labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor's University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi.

Skandal LCS: Pemadaman fakta tidak jejas keseluruhan laporan JKSTUPKK - PAC
Wong Kah Woh memaklumkan ia sejajar keputusan Kabinet pada 10 Ogos lepas yang mengarahkan JPM menyahklasifikasikan laporan berkenaan.

Tiada penampakan ubur-ubur beracun di Pantai Teluk Nipah - Jabatan Perikanan
Siasatan awal Jabatan Perikanan Negeri Perak mendapati tiada penampakan ubur-ubur beracun dan berbahaya kawasan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor.

Sikap tidak ingin ambil tahu punca Malaysia sukar tangani rasuah - Masidi
Ini terbukti dengan hanya 48 peratus rakyat yang cenderung untuk melaporkan kes salah laku rasuah.

Taylor’s University | Labur RM1 juta, bangunkan Makmal VORTEX XR
Taylor’s University melabur lebih RM 1 juta membangunkan makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang lebih interaktif seiring pertumbuhan industri teknologi realiti lanjutan atau extended reality (XR) di negara ini. Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Prof Dr Pradeep Nair berkata, VORTEX XR yang dikenali sebagai Virtual Online Future Technology and Extended Reality itu berupaya mendekatkan masyarakat, pelajar dan pengajar dengan teknologi terkini sekali gus memenuhi permintaan pasaran kerja XR.

Laporan Khas | Pemilik lot tanah Bukit Tabur bersuara
"Kami hanya mahu berkebun di atas tanah sendiri..." Ini luahan beberapa pemilik lot tanah di Bukit Tabur, yang sebelum ini didakwa cuba menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan. Susulan pendedahan Astro AWANI baru-baru ini bertajuk Bukit Tabur makin terabur?, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengesahkan berlaku kerja meratakan tanah tanpa permit di kawasan tersebut. Ikuti penjelasan daripada pemilik lot tanah berhubung situasi sebenar, dan benarkah tindakan mereka bakal merosakan alam sekitar?

Op Selamat: Kemalangan jalan raya di Sabah meningkat tahun ini
Kes kemalangan jalan raya sempena Op Selamat 18/22 di Sabah meningkat pada tahun ini iaitu sebanyak 508 kes berbanding hanya 472 kes tahun lepas.

Perkeso bayar RM1.4 bilion pampasan melibatkan kemalangan industri pada 2021
Pada 2021, Perkeso rekodkan sejumlah 36,794 kes libatkan kemalangan industri dan 24,683 kes kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja.

Op Selamat: Kes kemalangan sepanjang Tahun Baharu Cina turun 26 peratus - KPN
Jumlah kemalangan maut yang dilaporkan juga menurun 19 peratus kepada 108 kes daripada 133 kes pada tahun lepas.

Perkeso bayar faedah RM1.3 juta untuk penghantar makanan terlibat kemalangan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membuat pembayaran faedah berjumlah RM1.3 juta terhadap 764 kes kemalangan melibatkan penghantar makanan di seluruh negara setakat ini.

Pemandu motosikal maut dirempuh van di Bintangor
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah van di Batu 14, Jalan Kelupu-Julau-Durin di sini, hari ini.

MCPF sambut baik hasrat kerajaan untuk kenakan tindakan tegas pada pemandu mabuk
Langkah yang akan diambil oleh kerajaan itu bagi memastikan individu yang melakukan kesalahan itu dijatuhkan hukuman yang lebih berat dan setimpal pada masa hadapan.

Enam kematian di Kedah dalam tempoh dua hari Ops Selamat
Sebanyak lima kes kemalangan maut membabitkan enam kematian direkodkan di Kedah selepas dua hari pelaksanaan Ops Selamat ke-16 Sempena Tahun Baharu Cina 2020 yang bermula semalam hingga 1 Feb depan.
![[INFOGRAFIK] Imbasan kes-kes kemalangan melibatkan bas [INFOGRAFIK] Imbasan kes-kes kemalangan melibatkan bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482552435_KemalanganBas.jpg)
[INFOGRAFIK] Imbasan kes-kes kemalangan melibatkan bas
Negara ini beberapa kali dikejutkan dengan insiden kemalangan melibatkan bas, dan lebih menyedihkan apabila mengakibatkan korban nyawa.

Bas pesiaran terbabas, 28 orang nyaris maut
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, bas terbabit hilang kawalan sebelum terbabas di laluan berselekoh dan menuruni bukit.

Penubuhan JSPT mampu tangani peningkatan kes kemalangan jalan raya - Najib
Usaha ini sekali gus dapat mengurangkan kes kemalangan jalan raya serta kematian yang meningkat saban tahun.