awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat: Lapan kematian dicatatkan di Johor

Bernama
Bernama
13/02/2024
02:45 MYT
Op Selamat: Lapan kematian dicatatkan di Johor
Sebanyak lapan kematian direkodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam, sempena Tahun Baharu Cina 2024 yang dilaksanakan di negeri Johor, kata M. Kumar. - Gambar Bernama
JOHOR BAHRU: Sebanyak lapan kematian direkodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam, sempena Tahun Baharu Cina 2024 yang dilaksanakan di negeri ini.
Ketua Polis Johor, CP M. Kumar berkata, jumlah berkenaan berkurangan sebanyak 55.6 peratus berbanding 18 kematian pada tahun lepas.
Beliau berkata, jumlah kemalangan bagi tempoh sama turut menurun sebanyak 857 kes atau 17.52 peratus berbanding 1,039 kes direkodkan tahun sebelumnya.
"Menerusi operasi ini juga, kita menahan 21 individu berusia antara 18 tahun hingga 53 tahun atas pelbagai kesalahan, termasuk mabuk, samseng jalanan, ulat parking haram dan tangkapan kes urin," katanya pada program Menyantuni Petugas Ops Selamat 21 di persimpangan Jalan Lingkaran Dalam, di sini, malam tadi.
Jumlah saman trafik, bagaimanapun, katanya meningkat kepada 20,664 tahun ini berbanding 9,021 tahun lepas.
Justeru, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan berhemah ketika memandu serta mengikuti jadual cadangan perjalanan yang dikeluarkan pengendali lebuh raya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Selamat
#Tahun Baharu Cina
#jumlah kemalangan
#lapan kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan