awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat: Pahang catat penurunan kes kemalangan maut

Bernama
Bernama
12/06/2019
20:01 MYT
Op Selamat: Pahang catat penurunan kes kemalangan maut
Penyumbang utama kepada kemalangan didapati adalah akibat kecuaian pengguna jalan raya. - Foto fail
Jumlah kes kemalangan maut di Pahang sepanjang pelaksanaan Op Selamat ke-15 sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini menurun kepada 18 kes berbanding 22 kes pada operasi sama tahun lepas.
Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata penurunan juga dicatatkan pada jumlah kematian iaitu sebanyak 20 orang pada tahun ini berbanding 23 orang pada 2018.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan Op Selamat tahun ini yang diadakan selama dua minggu bermula 29 Mei lalu, menyaksikan jumlah kemalangan meningkat daripada 977 kes pada tahun lepas kepada 1,148 kes.
"Peningkatan jumlah kemalangan pada tahun ini didapati ekoran peningkatan pendaftaran kenderaan dan peningkatan kenderaan digunakan untuk pulang beraya di Pantai Timur.
Kemalangan juga didapati banyak berlaku di jalan perbandaran dan jalan persekutuan berbanding Lebuhraya Pantai Timur (LPT1)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Penutupan Op Selamat 2019 di Plaza Tol Bentong pada Rabu.
Turut hadir ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari Young Syefura Othman dan Ketua Operasi dan Penyelenggaran Anih Berhad Ainul Hasri Shah Abu Hassan.
Mohd Yusri berkata penyumbang utama kepada kemalangan sepanjang tempoh pelaksanaan operasi itu ialah kecuaian pengguna jalan raya selain majoriti mereka yang terlibat ialah penunggang motosikal.
"Antara punca yang dikenal pasti sebagai penyebab kemalangan akibat kecuaian adalah memandu secara berbahaya, memotong dengan berbahaya, memandu atau menunggang melebihi had laju dan cuai ketika hendak keluar simpang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Ketari
#Bentong
#Op Selamat
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan