MALAYSIA
Op Tiger: Tiga pegawai, bekas pegawai bank dituduh kes rasuah
Tiga pegawai dan bekas pegawai sebuah bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,153 hingga RM6,331.
SHAH ALAM: Seorang pegawai dan dua bekas pegawai sebuah bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan menerima rasuah.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketiga-tiga mereka didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 kerana menerima wang suapan sebagai balasan mencadangkan sebuah firma guaman untuk menguruskan dokumen pembiayaan beberapa pelanggan.
Pertuduhan itu adalah hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi Op Tiger yang memberi tumpuan kepada amalan rasuah dalam sektor perbankan.
Tertuduh pertama, bekas pegawai bank Muhammad Nashriq Emmeir Ismail, 33, didakwa dengan lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,153 pada Julai 2019.
Muhammad Nashriq yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.
Hakim Mahkamah Sesyen 1, Datuk Mohd Nasir Mohd Nordin, menjatuhkan hukuman denda RM40,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayarnya.
Manakala di Mahkamah Sesyen 2, pegawai bank Nazrul Hafeeq Ahamad Mazlan, 40, didakwa atas satu pertuduhan menerima suapan RM6,072 pada September 2021.
Nazrul mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, selain mengarahkannya melapor diri di Ibu Pejabat SPRM setiap bulan bermula Disember 2025.
Pasportnya juga diperintah diserahkan kepada mahkamah, manakala 15 Januari 2026 ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula.
Sementara itu, bekas pegawai bank Maziah Hanum Hamidon, 43, didakwa atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,331 antara Julai 2021 hingga Mac 2023.
Maziah yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menjatuhkan hukuman denda RM17,000 atau 16 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Pegawai dan bekas pegawai bank mengaku bersalah menerima rasuah berjumlah ribuan ringgit sebagai balasan mencadangkan firma guaman untuk uruskan dokumen pembiayaan pelanggan.
- Kes ini muncul daripada operasi Op Tiger oleh SPRM yang menumpukan usaha membanteras amalan rasuah dalam sektor perbankan.
- Hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada tertuduh yang mengaku bersalah dalam mahkamah, menunjukkan kesungguhan dalam menangani kes rasuah dalam kalangan kakitangan bank.
Ketiga-tiga mereka didakwa di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009 kerana menerima wang suapan sebagai balasan mencadangkan sebuah firma guaman untuk menguruskan dokumen pembiayaan beberapa pelanggan.
Pertuduhan itu adalah hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi Op Tiger yang memberi tumpuan kepada amalan rasuah dalam sektor perbankan.
Tertuduh pertama, bekas pegawai bank Muhammad Nashriq Emmeir Ismail, 33, didakwa dengan lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM20,153 pada Julai 2019.
Muhammad Nashriq yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan.
Hakim Mahkamah Sesyen 1, Datuk Mohd Nasir Mohd Nordin, menjatuhkan hukuman denda RM40,000 atau empat bulan penjara jika gagal membayarnya.
Manakala di Mahkamah Sesyen 2, pegawai bank Nazrul Hafeeq Ahamad Mazlan, 40, didakwa atas satu pertuduhan menerima suapan RM6,072 pada September 2021.
Nazrul mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, selain mengarahkannya melapor diri di Ibu Pejabat SPRM setiap bulan bermula Disember 2025.
Pasportnya juga diperintah diserahkan kepada mahkamah, manakala 15 Januari 2026 ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula.
Sementara itu, bekas pegawai bank Maziah Hanum Hamidon, 43, didakwa atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,331 antara Julai 2021 hingga Mac 2023.
Maziah yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menjatuhkan hukuman denda RM17,000 atau 16 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah kesan pertuduhan atas pegawai dan bekas pegawai bank yang didakwa menerima rasuah?
A: Mereka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah di bawah Seksyen 25(1) Akta SPRM 2009. - Q: Berapakah jumlah wang rasuah yang didakwa diterima oleh Muhammad Nashriq Emmeir Ismail?
A: Muhammad Nashriq didakwa menerima rasuah berjumlah RM20,153 pada bulan Julai 2019. - Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap Nazrul Hafeeq Ahamad Mazlan yang didakwa menerima suapan?
A: Nazrul tidak bersalah dan mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan penjamin serta mengarahkannya melapor diri di Ibu Pejabat SPRM setiap bulan. - Q: Apakah hukuman yang dikenakan ke atas Maziah Hanum Hamidon yang mengaku bersalah menerima rasuah?
A: Maziah dijatuhkan hukuman denda RM17,000 atau 16 bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.