Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
GADGETS

OpenAI bangunkan model muzik AI, sasar saingi Suno dan Udio

Amanz 26/10/2025 | 08:33 MYT
OpenAI sedang membangunkan model AI baharu untuk penjanaan muzik dan audio berdasarkan input teks atau audio, dijangka bersaing dengan Suno dan Udio. -Foto fail/Reuters
OPENAI kini menawarkan sokongan penjanaan kandungan merangkumi teks, imej dan video melalui model seperti GPT-4, DALL·E dan Sora.


Ringkasan AI
  • OpenAI sedang membangunkan model AI baharu untuk penjanaan muzik dan audio berdasarkan input teks atau audio, dijangka bersaing dengan Suno dan Udio.
  • Model ini bertujuan memudahkan penciptaan muzik latar, jingle dan runut bunyi tanpa keperluan studio profesional, dengan kerjasama pelajar muzik Juilliard.
  • Pelancaran rasmi belum diumumkan, namun industri muzik memantau isu hak cipta yang turut melibatkan pesaing sedia ada seperti Suno dan Udio.


Terbaharu, syarikat teknologi itu dilaporkan sedang membangunkan model kecerdasan buatan baharu yang membolehkan penjanaan muzik atau audio secara mudah melalui input berasaskan teks atau audio.

Langkah ini dijangka memperluas pilihan pengguna dalam menghasilkan muzik latar, jingle iklan atau runut bunyi video tanpa memerlukan peralatan studio profesional.

Salah satu syarikat yang terkenal dengan penawaran sedemikian ialah Suno, yang membolehkan pengguna menjana lagu berdasarkan arahan teks.

Platform itu kini digunakan secara meluas oleh pencipta kandungan YouTube.

OpenAI dilaporkan bekerjasama dengan pelajar muzik dari Juilliard School di Amerika Syarikat bagi menyediakan dan menandakan skor muzik untuk melatih model berkenaan.

Namun, masih belum jelas sama ada kandungan muzik pihak ketiga turut digunakan dalam proses latihan.

Model muzik AI ini dijangka bersaing secara langsung dengan Suno dan Udio, yang kini menjadi peneraju dalam arena penjanaan muzik berasaskan AI.

Kedua-dua syarikat tersebut kini berdepan tindakan undang-undang daripada industri muzik berhubung isu hak cipta.

Seperti biasa, pelancaran rasmi model ini masih belum diumumkan, dan dunia teknologi kini menantikan sama ada OpenAI mampu menyaingi pemain sedia ada dalam bidang muzik generatif. -Amanz







#kecerdasan buatan #OpenAI #penjanaan muzik dan audio #input teks atau audio #Suno dan Udio