GADGETS
OpenAI beli pembangun aplikasi Sky, bakal integrasi ke dalam ChatGPT untuk macOS
OpenAI telah mengambil alih Software Applications Incorporated, pembangun aplikasi Sky untuk macOS yang masih belum dilancarkan. -Foto Amanz
OPENAI pada Khamis menambah satu lagi portfolio di bawah mereka, iaitu Software Applications Incorporated.
Ringkasan AI
Syarikat berkenaan merupakan pembangun di sebalik aplikasi dinamakan Sky yang masih belum dilancarkan buat masa ini.
Sky dibangunkan untuk macOS, membolehkan pengguna menyerunya pada bila-bila masa, dan menggunakannya dalam melakukan sejumlah semakan dan tugasan bersama-sama pelbagai perisian lain pada komputer macOS.
OpenAI mengatakan dengan pengambilalihan ini, mereka akan membawa integrasi Sky yang menyeluruh serta kelebihan produk Sky terus ke dalam ChatGPT.
Semua pasukan pembangun juga turut akan menyertai OpenAI.
Untuk makluman, ChatGPT sedia ditawarkan bersama melalui macOS, dan sekiranya penawaran seperti Sky turut hadir bersama, ia mungkin memudahkan pengguna macOS dalam melakukan sejumlah tugasan dengan pantas dan efisien.
Namun, ia tidak diketahui lagi sama ada penawaran ini akan dibenarkan oleh Apple atau tidak, memandangkan Apple sendiri mengalami pelbagai kelewatan dalam pembangunan Siri generasi baharu mereka. -Amanz
Ringkasan AI
- OpenAI telah mengambil alih Software Applications Incorporated, pembangun aplikasi Sky untuk macOS yang masih belum dilancarkan.
- Aplikasi Sky membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer melalui arahan bahasa semula jadi dan berfungsi bersama pelbagai aplikasi macOS.
- Teknologi Sky akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT, namun belum jelas sama ada Apple akan meluluskan penawarannya dalam ekosistem macOS.