GSF: Kesemua 23 delegasi Malaysia disahkan telah ditahan oleh Israel – Ikuti Laporan Langsung
GADGETS

OpenAI dinilai sekitar AS$500 bilion, atasi SpaceX dan ByteDance

Astro Awani 03/10/2025 | 05:40 MYT
OpenAI kini dinilai AS$500 bilion selepas jualan saham sekunder melibatkan pelabur utama seperti SoftBank dan Thrive Capital.
OPENAI, syarikat di sebalik platform kecerdasan buatan popular ChatGPT, kini dinilai pada AS$500 bilion susulan jualan saham sekunder melibatkan pelabur utama seperti SoftBank dan Thrive Capital.


Ringkasan AI
  • OpenAI kini dinilai AS$500 bilion selepas jualan saham sekunder melibatkan pelabur utama seperti SoftBank dan Thrive Capital
  • Penilaian baharu menjadikan OpenAI syarikat peribadi paling bernilai di dunia, mengatasi SpaceX dan ByteDance
  • ChatGPT digunakan lebih 700 juta pengguna aktif mingguan, mendahului pesaing seperti Google Gemini, Meta AI dan Microsoft Copilot


Penilaian baharu ini menjadikan OpenAI sebagai syarikat peribadi paling bernilai di dunia, mengatasi SpaceX dan ByteDance yang masing-masing dinilai sekitar AS$400 bilion dan AS$220 bilion.

Sebelum ini, OpenAI dinilai sekitar AS$300 bilion. Walaupun mencatat pendapatan memberangsangkan, syarikat itu masih belum menjana keuntungan dan dijangka terus mengalami kerugian dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

ChatGPT kini digunakan secara meluas oleh pengguna di seluruh dunia, dengan lebih 700 juta pengguna aktif setiap minggu.

Angka ini meletakkan ChatGPT sebagai peneraju dalam sektor kecerdasan buatan, mendahului pesaing seperti Google Gemini, Meta AI dan Microsoft Copilot.






#ByteDance #Softbank #Thrive Capital #ChatGPT