GADGETS

OpenAI jalin kerjasama dengan Amazon Web Services

Amanz 04/11/2025 | 05:40 MYT
OpenAI akan menerima akses kepada perkhidmatan AWS yang menyediakan pelbagai GPU NVIDIA untuk melatih model-model kecerdasan buatan mereka. -Foto Amanz
OpenAI sedia mengumumkan kerjasama dengan beberapa pihak, dan terbaharu hari ini mereka mengumumkan kerjasama dengan Amazon Web Services.


Ringkasan AI
  • OpenAI mengumumkan kerjasama dengan Amazon Web Services bernilai $38 bilion untuk tujuh tahun akan datang.
  • OpenAI akan menerima akses kepada perkhidmatan AWS yang menyediakan pelbagai GPU NVIDIA untuk melatih model-model kecerdasan buatan mereka.
  • Selain kerjasama dengan Amazon, OpenAI juga telah menjalin kerjasama dengan NVIDIA, Oracle, serta melakukan restrukturisasi syarikat untuk lebih kebebasan daripada Microsoft sebelum ini.


Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Kerjasama yang dimeterai bernilai $38 bilion untuk tujuh tahun akan datang.

Dengan kerjasama ini juga, OpenAI akan menerima akses kepada perkhidmatan AWS yang terdiri daripada pelbagai GPU NVIDIA.

Ia diumumkan OpenAI akan mengguna pakai AWS serta-merta bermula hari ini dalam melatih model-model kecerdasan buatan mereka.

Dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini, OpenAI sedia mengumumkan kerjasama dengan bukan sahaja NVIDIA, tetapi juga Oracle, selain turut menstruktur semula syarikat mereka, dan memberikan mereka lebih kebebasan dan tidak terikat kepada Microsoft seperti sebelumnya.

Untuk Amazon sendiri, perkara ini semestinya menguntungkan mereka. Selain kerjasama dengan OpenAI ini, Amazon juga turut merupakan pelabur pada Anthropic. -Amanz








Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah nilai kerjasama antara OpenAI dan Amazon Web Services?
    A: Kerjasama tersebut bernilai $38 bilion untuk tempoh tujuh tahun akan datang.
  • Q: Apakah manfaat yang akan diterima oleh OpenAI daripada kerjasama dengan Amazon Web Services?
    A: OpenAI akan mendapat akses kepada perkhidmatan AWS yang menyediakan pelbagai GPU NVIDIA untuk melatih model-model kecerdasan buatan mereka.
  • Q: Selain Amazon Web Services, syarikat mana lagi yang bekerjasama dengan OpenAI baru-baru ini?
    A: Selain Amazon, OpenAI juga telah menjalin kerjasama dengan NVIDIA, Oracle, dan telah melakukan restrukturisasi syarikat untuk lebih kebebasan daripada Microsoft sebelum ini.



#NVIDIA #OpenAI #AMAZON WEB SERVICES #Microsoft