[TERKINI] DUN Sabah Dibubar — PRN Ke-17 Bermula! Ikuti Perkembangan di Sini
GADGETS

OpenAI kemas kini Sora agar tidak lagi jana video langgar harta intelek

Amanz 06/10/2025 | 04:20 MYT
Aplikasi Sora menjadi tular kerana keupayaannya menjana video realistik, namun mencetus kontroversi apabila watak berhak cipta digunakan dalam kandungan tidak sesuai. -Foto Amanz
MINGGU lalu, aplikasi Sora menjadi sangat tular keran kemampuannya menjana video yang kelihatan sangat realistik.


Ringkasan AI
  • Aplikasi Sora menjadi tular kerana keupayaannya menjana video realistik, namun mencetus kontroversi apabila watak berhak cipta seperti Pikachu dan SpongeBob digunakan dalam kandungan tidak sesuai.
  • OpenAI bertindak balas dengan menyekat janaan watak berhak cipta tanpa kebenaran dan merancang struktur perkongsian hasil dengan pemegang IP.
  • Pengguna yang melanggar terma boleh diharamkan daripada mengakses Sora dan ChatGPT kerana akaun kedua-duanya disepadukan.


Dalam masa beberapa jam selepas dilancarkan, ia menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di App Store sementara media sosial dibanjiri video janaannya.

Masalah mula timbul apabila video memaparkan Pikachu mencuri, Sponge Bob mengambil dadah dan banyak lagi watak dengan harta intelek dijana.

Selepas hanya dua hari, Sam Altman mengumumkan model Sora kini menghalang janaan watak yang mempunyai harta intelek.

Menurut beliau, OpenAI menerima banyak maklum balas daripada pemegang IP dan oleh itu janaan watak bukan milik pemegang akaun kini diharamkan.

Altman turut berkata OpenAI merancang berkongsi pendapatan dengan pemegang IP yang wataknya diijana oleh pengguna.

Bayaran akan dikongsi antara OpenAI dan pemegang IP tetapi struktur pembayaran masih lagi sedang diperhalusi dengan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Pengguna yang melanggar terma dan syarat Sora selepas ini boleh diharamkan terus daripada menggunakan platform.

Kerana akaun Sora adalah sama dengan akaun OpenAI, ia akan menyebabkan pengguna kehilangan akses kepada Sora dan juga ChatGPT. -Amanz





#ChatGPT #Sam Altman #OpenAI #Sora #janaan watak hak cipta tanpa kebenaran