Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
GADGETS

OpenAI perkenal ciri baharu ChatGPT, kolaborasi dalam satu tetingkap

Amanz 16/11/2025 | 06:10 MYT
OpenAI memperkenalkan ciri eksperimen baharu sokongan perbualan berkumpulan pada ChatGPT yang membolehkan beberapa pengguna berkolaborasi dalam satu tetingkap. -Foto Amanz
OpenAI hari ini memperkenalkan ciri eksperimen baharu, iaitu sokongan perbualan berkumpulan pada ChatGPT. Melalui ciri ini, beberapa pengguna boleh berkolaborasi dalam satu tetingkap.


Ringkasan AI
  • OpenAI memperkenalkan ciri eksperimen baharu sokongan perbualan berkumpulan pada ChatGPT yang membolehkan beberapa pengguna berkolaborasi dalam satu tetingkap.
  • Ciri ini dioptimumkan agar tidak mengganggu perbualan antara pengguna dan hanya memberikan respons apabila nama "ChatGPT" disebut, serta mampu berinteraksi berdasarkan konteks perbualan kumpulan.
  • OpenAI kini menawarkan ciri ini secara terhad di Jepun, New Zealand, Korea Selatan, dan Taiwan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ciri ini dioptimumkan supaya tidak mengganggu perbualan antara pengguna dan hanya memberikan respons apabila nama “ChatGPT” disebut. Ia juga mampu berinteraksi berdasarkan konteks perbualan kumpulan.

Setakat ini, OpenAI menawarkan ciri ini secara terhad di Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan Taiwan.

Langkah ini dijangka membuka kaedah penggunaan baharu untuk ChatGPT, selain berpotensi menjadi medium komunikasi berkumpulan.

Untuk makluman, Meta turut dalam proses memperkenalkan integrasi Meta AI dalam WhatsApp bagi tujuan yang hampir sama. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah ciri baharu yang diperkenalkan oleh OpenAI pada ChatGPT?
    A: OpenAI memperkenalkan ciri eksperimen sokongan perbualan berkumpulan yang membolehkan beberapa pengguna berkolaborasi dalam satu tetingkap.
  • Q: Di mana sahaja OpenAI menawarkan ciri ini secara terhad?
    A: Ciri baharu ini ditawarkan terhad di Jepun, New Zealand, Korea Selatan, dan Taiwan.
  • Q: Apakah potensi langkah ini membuka untuk ChatGPT?
    A: Langkah ini dijangka membuka kaedah penggunaan baharu serta menjadi medium komunikasi berkumpulan bagi ChatGPT.



#ChatGPT #perbualan berkumpulan #OpenAI #kolaborasi dalam satu tetingkap