GADGETS
OpenAI tangguh pengenalan GPT-5, perkenal model o3 terlebih dahulu
Altman (foto) umum memperkenalkan model kecerdasan buatan generasi baharu, o3 dan juga o4-mini, dalam beberapa minggu akan datang. -Gambar fail
SAM Altman, CEO OpenAI, berkongsi bahawa mereka akan memperkenalkan model kecerdasan buatan generasi baharu, o3 dan juga o4-mini, dalam beberapa minggu akan datang.
Ringkasan AI
Perkongsian ini hadir selepas OpenAI sebelum ini mempertimbangkan untuk membatalkan pengenalannya dan terus menyasarkan kepada pengenalan GPT-5.
Kini, OpenAI melihat untuk memperkenalkan model berkenaan kembali selepas pembangunan GPT-5 dilihat mengambil masa yang lebih lama.
Model “o” akan memfokuskan kepada sokongan penaakulan, memberikan jawapan yang lebih baik selepas mengambil kira pelbagai perkara berkenaan sesuatu pertanyaan.
GPT-5 disasarkan untuk menyatukan pelbagai model di bawah satu – sekali gus memudahkan pengguna dan tidak perlu bertukar-tukar antara model biasa dan model yang memfokuskan penaakulan.
Penangguhan ini dikatakan bertujuan untuk menjadikan GPT-5 lebih baik berbanding sebelum ini.
Ia juga dilihat lebih mencabar untuk mengintegrasikan semuanya dalam satu penawaran.
GPT-5 dijangka hadir dalam masa beberapa bulan lagi, yang akan menyatukan pelbagai model di bawah satu, termasuk suara, Canvas, carian, penaakulan, dan kajian mendalam melalui model berkenaan.
Sama-sama kita nantikan pengenalan lanjut model OpenAI seterusnya dalam masa terdekat ini. -Amanz
Ringkasan AI
- OpenAI akan memperkenalkan model kecerdasan buatan generasi baharu, o3 dan o4-mini, dalam beberapa minggu akan datang selepas menangguhkan pengenalan GPT-5.
- Model "o" akan memfokuskan kepada sokongan penaakulan, memberikan jawapan yang lebih baik dengan mempertimbangkan pelbagai aspek pertanyaan.
- GPT-5 dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi, menyatukan pelbagai model di bawah satu, termasuk suara, Canvas, carian, penaakulan, dan kajian mendalam.