MALAYSIA
Operasi advokasi polis Sarawak berjalan seiring kesiapsiagaan hadapi MTL
Saifullizan menyantuni pengunjung semasa program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan Hari Krismas di pusat membeli-belah Farley Batu 6, hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Penglibatan 700 anggota dan pegawai polis kontinjen Sarawak dalam program advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya menjelang perayaan Krismas yang berlangsung selama enam hari bermula esok tidak menjejaskan persiapan pasukan itu menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL).
Ringkasan AI
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Saifullizan Ishak berkata perancangan awal yang rapi membolehkan penugasan anggota diagihkan secara berperingkat tanpa menjejaskan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana, khususnya di kawasan berisiko.
"Penugasan program advokasi dan program lain tidak mengganggu persediaan menghadapi MTL kerana perancangan telah dibuat lebih awal berdasarkan pengalaman tahun-tahun sebelum ini," katanya selepas menghadiri program mengedar topi keledar percuma sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada penunggang motosikal di sini hari ini.
Saifullizan berkata bagi menghadapi MTL, kesemua petugas yang ditugaskan kekal berada dalam keadaan siap siaga, termasuk dari segi logistik, pemantauan kawasan berisiko banjir serta kerjasama dengan agensi berkaitan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan setakat ini keadaan di Sarawak masih terkawal dan tiada kawasan dilaporkan dinaiki air, dengan pihak polis terus memantau situasi, terutama di kawasan kerap berlaku banjir.
Sementara itu, Saifullizan berkata kes kemalangan maut di negeri itu meningkat 19 kes dengan 348 kes direkodkan setakat Januari hingga November tahun ini berbanding tahun lepas, sepanjang tempoh sama.
"Punca-punca kemalangan tertinggi, iaitu 80 peratus akibat kecuaian dan pemandu sendiri diikuti pertambahan jumlah kenderaan sebanyak 30 peratus dan faktor cuaca, jalan serta bentuk muka bumi sebanyak lima peratus," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- 700 anggota polis Sarawak terlibat dalam program advokasi Keselamatan Jalan Raya menjelang Krismas, tidak ganggu persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.
- Penugasan program advokasi tidak jejas kesiapsiagaan pasukan polis hadapi kemungkinan bencana, petugas kekal siap siaga termasuk pemantauan kawasan berisiko banjir.
- Sarawak catat peningkatan 19 kes kemalangan maut, punca utama ialah kecuaian pemandu sendiri, jumlah kenderaan, cuaca, jalan, dan bentuk muka bumi.