MALAYSIA
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Tindakan penguatkuasaan dan operasi terhadap kemasukan sisa elektronik (e-waste) secara haram di negara ini akan dipertingkatkan di semua pelabuhan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Tindakan penguatkuasaan dan operasi terhadap kemasukan sisa elektronik (e-waste) secara haram di negara ini akan dipertingkatkan di semua pelabuhan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan AI
Beliau berkata ketetapan itu selaras dengan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mahu operasi membanteras kegiatan itu dilaksanakan sepanjang masa.
"Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) diminta supaya (operasi) harus dilakukan pada sepanjang masa dan sekarang masanya untuk bertindak, bukan lagi masa untuk merancang.
"Inilah masa untuk turun dan bertindak sepertimana ditegaskan oleh Perdana Menteri kepada AKPS," katanya dalam sidang media selepas sesi Menteri Dalam Negeri bersama-sama warga AKPS di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Dr Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Saifuddin Nasution berkata aspek operasi dan penguatkuasaan akan melibatkan beberapa elemen badan penguat kuasa yang lain.
Terdahulu, Mohd Shuhaily berkata Perdana Menteri mengarahkan AKPS bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperhebat operasi terhadap kegiatan pengimportan e-waste secara haram di negara ini.
Sebelum ini, AKPS menyita lima kontena sarat dengan sisa elektronik, yang dilarang dibawa masuk ke negara ini seperti kabel wayar dihancurkan serta sampah industri dan komersial, seberat lebih 125 tan menerusi siri pemeriksaan di Pelabuhan Barat, Selangor.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata sebagai agensi baharu dalam KDN, AKPS bermula dengan cemerlang apabila merekodkan nilai rampasan keseluruhan hampir RM82.1 juta hasil pengoperasian di pintu masuk negara pada tahun lepas.
"Saya dan Ketua Setiausaha KDN Datuk Dr Awang Alik Jeman akan menambah baik akta AKPS, jika memerlukan beberapa pindaan akan kami segerakan. Memang ada (pindaan) yang kita kenal pasti. Kedua, pentingnya kita lengkapkan AKPS ini dengan teknologi kawalan pintu masuk," katanya.
Beliau berkata AKPS juga diminta meneliti amalan baik beberapa agensi sempadan di luar negara, termasuk di Australia, untuk diaplikasikan ke dalam agensi itu.
Dalam pada itu, katanya unit risikan dan pengintipan AKPS perlu terus diperkasakan bagi menyokong pelaksanaan operasi.
"Saya beri kebebasan penuh kepada Ketua Pengarah AKPS untuk membuat pengambilan sesuai dengan fungsi AKPS dan kami akan kekal mendukung ... strategi perlu disusun dan perancangan perlu jelas kerana ketepatan maklumat penting bagi membantu kejayaan sesuatu operasi," katanya.
AKPS ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jan 2024 dengan 104 perjawatan asas bagi peringkat ibu pejabat yang diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, dan pada 3 Jan 2024, Jemaah Menteri meluluskan penetapan dasar AKPS, menandakan langkah penting dalam pengukuhan fungsi dan peranannya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penguatkuasaan terhadap kemasukan sisa elektronik secara haram akan dipertingkatkan di semua pelabuhan, titah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan terlibat dalam operasi bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membanteras kegiatan pengimportan e-waste secara haram.
- AKPS, yang bermula pada 1 Januari 2024, telah merekodkan rampasan hampir RM82.1 juta hasil operasi di pintu masuk negara pada tahun lepas, dan akan dilengkapkan dengan teknologi kawalan pintu masuk serta amalan baik agensi sempadan luar negara.