awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi bersama banteras jenayah rentas sempadan perlu ditingkatkan - Hajiji

Bernama
Bernama
30/10/2023
12:06 MYT
Operasi bersama banteras jenayah rentas sempadan perlu ditingkatkan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor diberi taklimat semasa melawat Kapal Maritim (KM) Arau selepas melancarkan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Sabah Port, Kota Kinabalu hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mahu pasukan dan agensi keselamatan negara meningkatkan operasi secara bersama bagi menangani pelbagai aktiviti jenayah di darat dan laut di negeri ini, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata perairan Sabah yang luas serta bersempadan dengan negara jiran, boleh mengundang pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah, rokok dan barangan bersubsidi.
Katanya walaupun situasi tersebut itu memberi pelbagai cabaran namun beliau percaya kerjasama pasukan dan agensi keselamatan negara seperti Maritim Malaysia, polis dan tentera mampu mematahkan aktiviti jenayah itu.
"Saya berharap latihan bersepadu dalam operasi bersama antara pasukan dan agensi keselamatan negara dipertingkatkan," katanya berucap merasmikan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di sini hari ini.
Mengulas eksesais itu, Hajiji berkata ia dapat meningkatkan lagi kecekapan Maritim Malaysia dalam membantu mengawal keselamatan di perairan negara khususnya di Sabah.
"Kerajaan negeri amat menghargai usaha Maritim Malaysia dan bersedia memberi kerjasama dalam apa jua perkara dan menjadikan agenda utama dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara, khususnya di Sabah terjamin," katanya.
Katanya Eksesais Maritim Perkasa Timur yang bermula 28 Okt hingga 4 Nov merupakan gabungan elemen dalam mengukur kesiagaan dan keupayaan aset-aset Maritim Malaysia.
Hajiji berkata ia juga untuk menguji kecekapan pegawai dan anggota terlibat dalam merancang, melaksanakan eksesais serta operasi sebenar pada masa akan datang disamping memperagakan kehadiran di Laut China Selatan khususnya di perairan Sabah.
Beliau berkata eksesais itu juga berteraskan konsep elemen cegah rintang yang merupakan satu daripada teras strategik maritim melalui pencegahan pelanggaran undang-undang di laut dengan menunjukkan kehadiran aset-aset Maritim Malaysia Di Zon Maritim Malaysia.
"Eksesais ini dilaksanakan merangkumi perairan Kota Kinabalu dan Gugusan Semarang Peninjau di perairan negeri Sabah, Beting Patinggi Ali, Hampasan Dang Ajar dan Beting Raja Jarum hingga ke Perairan Kuching di perairan Negeri Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi bersama
#banteras jenayah rentas sempadan
#Sabah
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan