awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi cari dua nelayan hilang di Sungai Perlis diteruskan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/12/2021
02:40 MYT
Operasi cari dua nelayan hilang di Sungai Perlis diteruskan
Kawasan pencarian diperluaskan hingga ke laut perairan Kuala Perlis pada kedudukan 4km dari Jeti Tok Kuning, Kuala Perlis. - Foto JBPM
KUALA PERLIS: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua nelayan yang dikhuatiri lemas di Sungai Perlis, bersambung semula pada 7 pagi ini, selepas kedua-dua mangsa belum ditemui.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisha Haris berkata, pihaknya berjaya menemui bangkai bot mangsa yang karam di lokasi kemalangan kira-kira satu kilometer (km) dari Jeti Tok Kuning, Kuala Perlis.
"Pasukan penyelam JBPM sudah menyelam di lokasi kemalangan dan menemui bangkai bot karam itu dan difahamkan bot itu pecah di sisi kanan dan bawah.
“Kawasan pencarian turut diluaskan lagi sehingga ke laut perairan Kuala Perlis pada kedudukan 4km dari jeti berkenaan.
"Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: 2 nelayan dikhuatiri lemas bot bertembung
Pasukan penyelam JBPM menemui bangkai bot karam yang pecah di sisi kanan dan bawah. - Foto JBPM
Pasukan penyelam JBPM menemui bangkai bot karam yang pecah di sisi kanan dan bawah. - Foto JBPM
Menurutnya, kedalaman air di kawasan Sungai Perlis, terutama di lokasi kemalangan adalah sekitar 1.8 meter (m) sekiranya ia surut.
Ia boleh mencecah sehingga 2.7m dan 3m ketika air pasang.
Namun, pasang surut air sungai tidak banyak mengganggu operasi pencarian di sekitar muara Sungai Perlis.
Dalam kejadian Khamis lalu, dua lelaki dikhuatiri lemas apabila bot dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bot lain di Sungai Perlis berhampiran Jeti Tok Kuning, Kuala Perlis.
Mangsa yang hilang dikenal pasti Mohd Faizal Hisyam Mat Taib, 39 tahun, dan rakannya, Abdul Rashid Md Derus, 45 tahun.
Kawasan pencarian diperluaskan hingga ke laut perairan Kuala Perlis pada kedudukan 4km dari Jeti Tok Kuning, Kuala Perlis. -  Foto JBPM Foto JBPM
Kawasan pencarian diperluaskan hingga ke laut perairan Kuala Perlis pada kedudukan 4km dari Jeti Tok Kuning, Kuala Perlis. - Foto JBPM Foto JBPM
Topic Berkaitan
#operasi mencari dan menyelamat
#nelayan hilang
#Sungai Perlis
#bot karam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan