BEAUFORT : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak 18 bulan yang dilaporkan hilang di Kampung Batu 66 di sini, pada Sabtu, masih diteruskan hingga ke hari ini.
Hari ini, operasi mengesan Jude Angel dimulakan pada jam 7 pagi oleh bomba dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta penduduk kampung.
Mangsa dikhuatiri jatuh sungai atau hilang di hutan selepas keluar dari rumah.
BACA: Kanak-kanak 18 bulan dikhuatiri hilang di hutan atau jatuh sungai di Beaufort
Dua anjing pengesan dari unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan unit K9 PDRM turut digunakan bagi membantu operasi SAR hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, operasi dipecahkan kepada dua pasukan.
Pasukan pertama adalah anjing pengesan dari unit K9 JBPM bersama anjing pengesan unit K9 PDRM, manakala pasukan kedua adalah APM dan penduduk kampung.
"SAR dijalankan dengan menyusuri tepi sungai dan kawasan pokok pisang serta belukar kelapa sawit dengan radius tiga kilometer dari pos kawalan bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.
Walau bagaimanapun, Mohammad Hasbullah memaklumkan, mangsa masih belum ditemui sehingga kini.
"Kanak-kanak yang berbaju putih dengan lambang kartun serta berseluar biru tua sehingga kini belum ditemui.
"Sebarang maklumat akan dikemas kini dari masa ke masa," katanya.
Terdahulu, Jude Angel dibawah jagaan neneknya, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dan dipercayai sesat di hutan atau jatuh ke dalam sungai.
Astro Awani
Sun Jul 10 2022
Dua anjing pengesan dari unit K9 JBPM dan unit K9 PDRM turut digunakan bagi membantu Operasi SAR mengesan Jude Angel hari ini. - Gambar fail
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Polis mohon bantuan kesan Dhiya Azzahra
Polis sedang mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang sejak keluar dari sebuah rumah di Seksyen U3, di sini pada Sabtu.
Anak Mat Redho dilapor hilang ditemui selamat
Polis mengesahkan anak atlet sukan ekstrem Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho yang dilaporkan hilang di perhentian bas di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail di sini, ditemukan selamat, petang ini.
4 pelajar tahfiz di Datuk Keramat hilang sejak Selasa
Empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat di sini hilang selepas keluar dari pusat itu, Selasa lalu.
Kanak-kanak hilang Jumaat lepas ditemukan selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas ditemukan selamat semalam.
Polis mohon bantuan kesan Mohammed Ahil
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang malam tadi.
Raisya Rasyiqah ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat di pekan Beranang pada Khamis.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Budak hilang selepas balik sekolah, ditemui di pusat beli-belah
Seorang kanak-kanak lelaki yang disangkakan hilang selepas didapati tidak menaiki bas sekolah untuk pulang ke rumah ditemui anggota polis di sebuah pusat beli-belah di Tebrau.
Kanak-kanak mangsa culik, Albertine Leo ditemui selamat di Batang Kali - Polis
Kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemui selamat di Batang Kali dalam keadaan selamat.
Kes culik: 3 suspek tiba di mahkamah untuk reman
Suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu tiba di pekarangan kompleks mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi.