MALAYSIA
Operasi cari pemandu kereta yang jatuh ke dalam sungai ditamatkan selepas empat hari
Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di lokasi juga ditutup secara rasmi, susulan tiada petunjuk baharu keberadaan mangsa. - Facebook Bomba Channel
MUAR: Operasi mencari dan menyelamat pempengaruh permotoran Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin yang dilaporkan hilang Isnin lepas setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tui, Lenga di sini ditamatkan hari ini.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di lokasi juga ditutup secara rasmi, susulan tiada petunjuk baharu keberadaan mangsa berusia 38 tahun itu.
"Penutupan PKTK dan penamatan operasi juga dibuat berdasarkan pertimbangan memperluas kawasan pencarian ke lokasi lain setelah pencarian terperinci di lokasi kejadian telah selesai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ia juga bagi memudahkan penyelarasan dan koordinasi antara agensi terlibat untuk menghadapi kemungkinan kewujudan faktor lain yang menyumbang kepada kehilangan pempengaruh itu.
Raiz Mukhliz berkata proses pencarian akan diteruskan oleh anggota Balai Polis Lenga dengan bantuan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Muar secara berkala.
Beliau berkata berkata 77 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk polis dan bomba terlibat dalam misi pencarian sejak Isnin lepas, menggunakan pelbagai kaedah melalui darat, air serta udara, selain turut melibatkan anjing pengesan dan dron.
Sebelum ini media melaporkan kehilangan Tengku Nizaruddin yang merupakan peniaga dan pemilik kedai aksesori kenderaan, selepas kereta Perodua Axia dipandunya terjunam ke dalam sungai.
-- BERNAMA

#pencarian
#operasi menyelamat
#pempengaruh permotoran
#ija nizaruddin
#jatuh ke sungai
#polis
#Sungai Tui