SEPANG: Operasi haji tahun ini yang melibatkan kuota penuh 31,600 jemaah haji Malaysia buat pertama kali dalam tempoh empat tahun, berjalan dengan lancar meskipun berdepan beberapa cabaran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata antara cabaran yang dihadapi jemaah haji tahun ini ialah keadaan cuaca yang panas menjangkau 38 hingga 48 darjah Celsius, dan jumlah jemaah mencecah hampir dua juta orang mengerjakan haji di Tanah Suci.
Katanya beliau bersyukur apabila kumpulan jemaah haji Malaysia mendapat pengiktirafan oleh Arab Saudi sebagai jemaah haji yang berdisiplin dan mempunyai sikap yang baik selain berilmu.
"Kerajaan Arab Saudi juga sekali lagi mengiktiraf Tabung Haji (TH) apabila TH menerima Anugerah Labbaitom bagi Kategori Kepuasan Tertinggi Dalam Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Pejabat Urusan Haji, yang telah saya terima daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui semasa menyambut kepulangan 350 jemaah haji Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.
Kumpulan jemaah haji itu tiba pada pukul 9.55 malam menerusi penerbangan Saudia Airlines SV5610 yang berlepas dari Jeddah pukul 8 pagi (waktu Arab Saudi).
Sementara itu Mohd Na'im berkata 70 pesakit masih dirawat di Pusat Rawatan TH di Makkah dan Hospital Arab Saudi, manakala sembilan orang jemaah haji meninggal dunia di Tanah Suci Makkah setakat semalam, dan beliau bersama pengurusan kanan TH mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga jemaah haji yang telah meninggal dunia di Tanah Suci Makkah.
Katanya pihak TH akan mengadakan mesyuarat penutupan dengan pelbagai kementerian dan agensi penyedia perkhidmatan haji di Arab Saudi bagi menilai semula tahap perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan pada Musim Haji tahun ini.
Beliau berkata antara isu yang akan dibincangkan ialah masalah berkaitan kemudahan di Mina, selain maklum balas yang diterima daripada jemaah haji, yang akan turut dibawa ke meja perbincangan.
Sementara itu Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Azman Mokhtar berkata TH akan terus melakukan penambahbaikan perkhidmatannya secara berterusan untuk memastikan kecemerlangan perkhidmatannya.
Beliau berkata 25 inisiatif telah dapat dilaksanakan TH tahun ini, antaranya inisiatif program pendidikan kesihatan kepada jemaah haji melalui 'Ziarah Rahmah', Pusat Rawatan TH di Madinah dan perkhidmatan mesin ATM di penginapan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci.
Sebanyak 98 penerbangan menggunakan pesawat Saudia dan AMAL by Malaysia Airlines akan membawa pulang kesemua jemaah haji Malaysia dan petugas-petugas haji secara berperingkat.
Penerbangan terakhir dijangka berlepas pada 31 Julai melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdul Aziz di Madinah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Mohd Naim (tengah) mengadakan sidang media pada Majlis Sambutan Ketibaan Penerbangan Pulang Jemaah Haji Malaysia KT014 ke Tanah Air Bagi Musim Haji 1444H/2023M di Terminal 1 KLIA Sepang, 8 Julai 2023. --fotoBERNAMA
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Henti pusing modal lama - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak 'memusing' modal lama sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu yang sedang berlangsung, semata-mata untuk mencalarkan imej UMNO dan Barisan Nasional.
CEO, pemilik syarikat direman bantu siasatan
Seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat yang dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta, direman tiga hari hingga Jumaat.
Terdapat petanda baik bagi calon PN - Saifuddin
Perikata Nasional percaya terdapat tanda-tanda positif yang menunjukkan sokongan luar jangka terhadap calon mereka, Khairul Azhari Saut, dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang sedang berlangsung.
25 rumah kongsi musnah di Pulau Perhentian
Sebanyak 25 rumah kongsi yang didiami lebih 80 buruh binaan musnah dalam kebakaran di Pulau Perhentian pada Rabu. Pihak bomba menaiki bot dari Kuala Besut ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari darat.
Lelaki nekad pandu Kenari keliling dunia
Seorang lelaki dari Sarawak, Jack Voon Kuet Fei, 47, memulakan misi solo mengelilingi dunia pada Rabu dengan menaiki sebuah Perodua Kenari yang dijangka akan mengambil masa tiga tahun.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 Mei 2024.
10 Berita Pilihan - (01 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jokowi puji sumbangan pekerja Indonesia sempena Hari Pekerja
Presiden Joko Widodo yang juga dikenali sebagai Jokowi, pada Rabu memuji sumbangan pekerja Indonesia atas peranan penting mereka dalam ekonomi negara itu.
Operasi haji berjalan lancar - Mohd Na'im
Antara cabaran tahun ini ialah cuaca panas yang menjangkau hingga 48 darjah Celsius dan jumlah jemaah mencecah hampir dua juta orang.
Arab Saudi pergiat usaha pelaksanaan Pelan Operasi Haji 2023
Kira-kira 18,000 buah bas dan 25,000 pemandu disediakan bagi memenuhi keperluan pengangkutan jemaah haji musim ini.
Kerajaan cari jalan turunkan kos haji
Teliti aspek-aspek yang menyebabkan kos menjadi tinggi, termasuk caj penginapan dan tiket penerbangan supaya kadarnya dapat dikurangkan.
Data raya bantu rancang operasi haji masa hadapan
Dengan perkembangan pesat data raya dalam ICT, Lembaga Tabung Haji (TH) tidak ketinggalan mengambil peluang untuk membuat penambahbaikan operasi hajinya setiap tahun.