KUALA LUMPUR: Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini disebabkan sambutan mengalakkan daripada pengunjung.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata semalam, lebih 18,000 saman trafik diselesaikan manakala setakat 12 tengah hari ini sebanyak 3,015 diselesaikan.
"Semalam waktu pengoperasian kaunter saman dibuka pada 9 pagi hingga 4 petang tetapi kerana sambutan yang meriah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memutuskan ia dilanjutkan hingga ke 9 malam hari ini," katanya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di kaunter saman trafik di sini, hari ini.
Beliau berkata PDRM menyediakan 14 kaunter bayaran saman secara tunai, selain memberi pilihan kepada pengunjung untuk membayar saman secara dalam talian, menggunakan baucar kod QR.
"Selain itu, saya juga amat berpuas hati dengan persediaan tempat membayar saman dengan kerusi dan meja yang disediakan mecukupi, selain terdapat pendingin hawa untuk pengunjung menunggu giliran membayar saman yang mengambil sehingga dua jam.
Mengulas sama ada PDRM akan memperluaskan tawaran diskaun saman trafik 50 peratus di luar program berkenaan, Mohd Azman berkata perkara itu perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari mulai semalam, memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
Kemuncak program itu merupakan majlis penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad ini yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
![Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702107964_TBMADANISETAHUN.jpg)
Semalam, lebih 18,000 saman trafik diselesaikan manakala setakat 12 tengah hari ini sebanyak 3,015 diselesaikan. - Foto Bernama
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702107964_TBMADANISETAHUN.jpg)
Operasi kaunter saman trafik dilanjut hingga 9 malam ini - Bukit Aman
Tempoh operasi kaunter diskaun saman trafik yang dibuka sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, dilanjutkan sehingga 9 malam ini.
![JSPT Selangor tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus JSPT Selangor tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671074579_TBBayarSaman.jpg)
JSPT Selangor tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus
Pembayaran saman boleh dilakukan di semua kaunter Trafik Daerah Kontinjen Selangor bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.
![Selepas kutip RM109 juta, diskaun saman trafik dilanjutkan sehingga 31 Disember - KPN Selepas kutip RM109 juta, diskaun saman trafik dilanjutkan sehingga 31 Disember - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639301575_AcrylSani.jpg)
Selepas kutip RM109 juta, diskaun saman trafik dilanjutkan sehingga 31 Disember - KPN
Pelanjutan itu adalah bagi memberi ruang kepada lebih ramai pesalah trafik melunaskan saman tertunggak mereka.
![PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/51481071395_Saman.jpg)
PDRM Johor tawar diskaun saman trafik 50 peratus
Tawaran itu tidak termasuk bagi kes lampu isyarat merah dan saman menggunakan lorong kecemasan yang dilakukan pada tahun ini.
![PDRM tawar diskaun kompaun saman trafik sehingga 50 peratus mulai Jumaat PDRM tawar diskaun kompaun saman trafik sehingga 50 peratus mulai Jumaat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71592365389_SamanTrafik.jpg)
PDRM tawar diskaun kompaun saman trafik sehingga 50 peratus mulai Jumaat
Tawaran pengurangan kompaun saman trafik tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.