awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi khas kawalan harga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat - KPDNHEP

Eton Khir
Eton Khir
29/12/2021
22:38 MYT
Operasi khas kawalan harga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat - KPDNHEP
Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) akan dilanjutkan sebagai langkah menstabilkan harga barangan keperluan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Operasi khas akan dilancarkan dalam tempoh terdekat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di premis-premis perniagaan susulan khuatir peningkatan harga pasaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya ketika waktu banjir ketika ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa situasi banjir ketika ini berpotensi menyebabkan berlakunya peningkatan harga pasaran dan ianya bakal membebani rakyat yang sudahpun menghadapai kesukaran ketika mendepani bencana alam itu.
Tambahnya, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya mendapati para peniaga menaikkan harga barangan dengan harga yang tidak munasabah.
"Jadi saya mahu mengingatkan para peniaga, kita tidak akan tunggu laporan mahupun aduan tetapi kita akan masuk ke premis mereka dan akan meminta maklumat tentang beberapa barangan di dalam premis tersebut.
"Mungkin kalau kita pergi ke kedai elektrik, kita akan memantau harga periuk nasi, peti sejuk, dan apa sahaja barangan dapur yang kebanyakannya rosak semasa banjir.
"Daripada pemantauan itu, kita akan lihat adakah harga jualan mereka selepas banjir dan harga jualan sebelum banjir berbeza atau tidak. Sekiranya perbezaan itu keterlaluan dan tidak berasas, maka kita akan kenakan kompaun dan denda ataupun boleh membawa mereka ke mahkamah di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011," katanya ketika ditemui ketika majlis pelancaran pembukaan Klinik Dr KO Dermaceutical yang kelima di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur pada Rabu.
Pada masa sama, Hasnol berkata pihaknya telah membuat keputusan untuk meneruskan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) sebagai langkah menstabilkan harga barangan keperluan seperti ayam, telur ayam dan beberapa jenis sayur-sayuran.
Sebelum ini, KPNHDEP telah melaksanakan usaha Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) pada 7 Disember sehingga 31 Disember bagi fasa pertama dan akan melanjutkan usaha ini atas keprihatinanya kepada mangsa-mangsa banjir daripada 1 Januari 2022 sehingga 4 Februari 2022.
Topic Berkaitan
#banjir
#KPDNHEP
#Hasnol Zam Zam Ahmad
#kawalan harga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan