awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul masih diteruskan - MAHB

Bernama
Bernama
16/07/2016
06:38 MYT
Operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul masih diteruskan - MAHB
Penumpang dinasihatkan supaya menyemak jadual penerbangan masuk dan keluar dari ISG serta kesemua penerbangan Turki ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan syarikat penerbangan masing-masing. - Gambar hiasan
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini memaklumkan pihaknya sentiasa menerima maklumat terkini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG), Turki, miliknya, berhubung situasi terbaru susulan laporan cubaan rampasan kuasa tentera di Turki.
"Kami bersyukur dan ingin memaklumkan bahawa semua warga kerja ISG dan keluarga mereka selamat," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan di sini.
Menurut MAHB, berdasarkan maklumat terkini daripada warga kerjanya di ISG, operasi lapangan terbang itu masih diteruskan untuk mengendalikan ketibaan pesawat dan beberapa pelepasan penerbangan.
Bagaimanapun, situasi berkenaan boleh berubah dan penumpang dinasihatkan supaya menyemak jadual penerbangan masuk dan keluar dari ISG serta kesemua penerbangan Turki ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan syarikat penerbangan masing-masing.
"Pengurusan lapangan terbang berkenaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk memberi keselesaan dan bantuan kepada kesemua penumpang dalam premis terminal tersebut.
"MAHB terus melaksanakan pengawasan keselamatan dan perlindungan dengan berhati-hati di lapangan terbang berkenaan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan utama terkini," menurut MAHB.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul
#Malaysia Airports Holdings Bhd
#Rampasan kuasa Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan