MALAYSIA

Operasi LRT terjejas akibat gangguan teknikal - RapidKL

Asyraf Roslan 18/02/2019 | 01:51 MYT
Staf Rapid KL sedang membaiki masalah teknikal membabitkan sistem isyarat perkhidmatan. -Twitter RapidKL
Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu kota boleh menarik nafas lega apabila perkhidmatan tren itu kini beroperasi seperti biasa.

Awal pagi ini, pengguna LRT bagi laluan Kelana Jaya - KLCC merungut kerana terpaksa menunggu lama dan mengalami kelewatan perjalanan.




An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

RapidKL menerusi akaun Twitternya memaklumkan bahawa perkhidmatan itu mengalami masalah teknikal membabitkan sistem isyarat perkhidmatan dan operasi tren dilakukan secara manual.

Penyedia perkhidmatan itu turut memaklumkan ia sedang berusaha mengenal pasti punca masalah dan sedang menyelesaikannya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengguna yang terjejas dinasihat menggunakan bas perantara di stesen-stesen di antara KLCC dan KL Sentral.

Rapid KL juga menawarkan pilihan untuk pengguna mendapatkan pulangan wang atas pembelian tiket.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sementara itu, beberapa pengguna mengesa supaya pihak Rapid KL mengeluarkan surat rasmi untuk diberikan kepada majikan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#bas perantara #KL Sentral #KLCC #Kuala Lumpur #LRT #penumpang #Rapid KL #terkandas