MEKAH: Persediaan Operasi Masyair telah siap sepenuhnya bagi menyambut kehadiran jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bermula Jumaat ini iaitu dengan perkhidmatan sokongan serta perubatan berada pada tahap terbaik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Naim Mokhtar berkata, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Mekah dan sedang menunggu kemuncak ibadat haji, iaitu berwukuf di Arafah pada Sabtu ini.
"Saya bersyukur melihat pelbagai kemudahan dan perkhidmatan disediakan oleh Tabung Haji untuk jemaah haji kita. Saya dapati bahawa kesemua kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh Tabung Haji sangat sistematik dan bertaraf antarabangsa.
"Banyak daripada infrastruktur dan kemudahan yang telah dinaik taraf untuk memastikan pergerakan, penempatan dan urusan makan minum disediakan dengan lebih baik sekali gus memastikan jemaah selesa semasa melakukan ibadat haji terutama sewaktu wukuf.
"Semua ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dan Tabung Haji yang sentiasa mengutamakan kebajikan, kesihatan dan keselamatan jemaah haji kita," katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH semalam.
Mohd Na'im berkata, keupayaan dan kecemerlangan TH dalam menyediakan kemudahan serta menjaga kebajikan, turut diakui oleh para jemaah haji sendiri yang berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Ini disuarakan ketika berkesempatan menyantuni mereka di Hotel Abraj Al-Janadriyah, tempat penginapan lebih 6,000 jemaah haji Malaysia yang juga Ibu Pejabat TH di Mekah.
"Alhamdulillah jawapan mereka sangat ikhlas dan mereka memuji dan menghargai perkhidmatan serta pengorbanan dilakukan oleh petugas haji dalam menyantuni mereka sebagai Duyufurrahman," katanya.
Pada masa sama menjelang hari wukuf nanti, Mohd Na'im meminta semua jemaah haji Malaysia supaya terus mengekalkan sifat berdisiplin, baik serta berilmu dan sentiasa jaga nama baik negara.
Lebih dua juta umat Islam akan memulakan pergerakan ke Arafah bermula Jumaat ini yang merupakan pergerakan terbesar umat Islam untuk melakukan ibadah kemuncak haji iaitu wukuf di Padang Arafah, mabit (bermalam) di Muzdhalifah dan Mina serta melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Sughra, Wusta dan Kubra.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024
Mohd Naim berkata, kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia telah berada di Mekah dan sedang menunggu kemuncak ibadat haji, iaitu berwukuf di Arafah pada Sabtu ini. - Gambar fail REUTERS
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.
Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.
Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.