Operasi pembenihan awan di Sarawak akan dilakukan selama dua hari, bermula esok dengan pesawat Charlie 130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Cawangan Sarawak, Siniarovina Urban Sinyaw berkata awal pagi esok bancuhan air garam akan dilarutkan ke dalam tangki khas sebelum proses pembenihan awan menggunakan kaedah semburan dilaksanakan pesawat berkenaan.
"Pesawat ini akan berlepas dari Pangkalan TUDM Kuching ke lokasi di mana terdapat kesesuaian awan untuk operasi pembenihan awan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata halangan utama kepada proses berkenaan ialah untuk mencari awan bersesuaian.
"Justeru, sebelum operasi pembenihan dilakukan, pihak Met akan menjalankan analisis data pencerapan seperti radar, satelit dan juga model cuaca bagi menentukan keadaan cuaca semasa yang sesuai untuk operasi pembenihan awan," katanya.
Setakat pukul 8 malam tadi, lima kawasan di negeri ini masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara sangat tidak sihat dengan Kuching mencatat bacaan tertinggi pada 264, diikuti Sibu (245), Sarikei (240), Samarahan (221) dan Sri Aman (208).
Manakala tiga lagi mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Mukah, 193, Bintulu (140) dan Samalaju (128).
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 19 2019
Pemandangan matahari kemerahan akibat jerebu di Jalan Sri Aman - Lingga yang dirakam pada 7 pagi Khamis. Foto: Bernama
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Operasi pembenihan awan di Sarawak selama dua hari bermula esok
Operasi pembenihan awan di Sarawak akan dilakukan selama dua hari, bermula esok dengan pesawat Charlie 130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).