awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pembenihan awan hasilkan 4.0mm hujan di Papar

Bernama
Bernama
30/03/2024
04:34 MYT
Operasi pembenihan awan hasilkan 4.0mm hujan di Papar
OPA selama tiga hari yang berakhir hari ini dijalankan bersama dengan NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia, TUDM dan Bahagian Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan. - Gambar fail/Bernama
PAPAR: Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di negeri ini berjaya menghasilkan 4.0 mililiter hujan sehingga pukul 4 petang semalam di Papar, kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Mohd Fuad Abdullah.
Beliau berkata pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berlepas pada 10.25 pagi dari Labuan untuk melakukan OPA sebelum tamat pada 1.56 petang dengan kejayaan operasi 67 peratus.
"OPA dilaksanakan di kawasan tadahan di kawasan Papar, Lahad Datu dan Tawau bertujuan untuk meningkatkan paras air sungai bagi menampung keperluan domestik," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata OPA selama tiga hari yang berakhir hari ini dijalankan bersama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Bahagian Bekalan Air Wilayah Persekutuan Labuan.
Sementara itu, Mohd Fuad berkata Papar turut menerima kesan langsung daripada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat antara 151 hingga 200 dikenal pasti di kawasan Kimanis semalam.
"Selepas kejayaan OPA, IPU di Kimanis setakat 9.00 malam tadi telah sedikit berkurang kepada 175 tetapi masih di tahap tidak sihat," katanya.
Sementara itu, semakan di laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati IPU di kawasan Kimanis pada 158 setakat pukul 10 pagi ini, satu-satunya kawasan di Sabah yang mencatat IPU tidak sihat.
Pada 13 Mac lepas, Mohd Fuad yang juga Pegawai Daerah Papar mengistiharkan daerah itu sebagai kawasan bencana kemarau berikutan krisis bekalan air akibat kemarau yang melanda kawasan tersebut
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi pembenihan awan
#Papar
#TUDM
#NADMA
#hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan