NATIONAL
Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor

Kebiasaannya banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar berpunca daripada sistem perparitan dan saliran yang tidak diselenggara dengan baik. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Johor telah menggerakkan operasi pembersihan dan penyelenggaraan longkang serta parit secara besar-besaran bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri itu.
Ringkasan AI
- Johor telah memulakan operasi besar-besaran untuk membersihkan dan menyelenggara longkang serta parit bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri tersebut.
- Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi menjelaskan bahawa banjir kilat di kawasan bandar biasanya berpunca daripada sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik. Beliau menyatakan bahawa perbincangan telah diadakan dengan pelbagai agensi seperti JKR, JPS, PBT, pejabat daerah, dan syarikat konsesi, yang akan melaporkan perkembangan operasi setiap bulan.
- Onn Hafiz menggesa masyarakat untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata, untuk memastikan Johor menjadi negeri yang bersih dan selesa.
"Mereka akan berjumpa dengan saya setiap bulan bagi melaporkan perkembangan (operasi yang dilakukan)," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini.
Onn Hafiz turut menyeru masyarakat agar bekerjasama dalam menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata.
"Semua komuniti masyarakat bersama-samalah dengan kerajaan negeri, agar kita dapat membangunkan negeri Johor yang bersih dan selesa demi kemaslahatan bersama. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami