KUCHING: Setelah tujuh hari tanpa sebarang petunjuk, proses pencarian kanak-kanak Eric Chang Wei Jie, 4 tahun, ditamatkan pada jam 6.00 petang pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, keputusan itu dibuat setelah semua usaha yang dilakukan sebelum ini menemui jalan buntu.
"Skop pencarian (yang dilakukan) melibatkan kaedah pemantauan udara oleh Pasukan Gerakan Udara PDRM, surface searching (pencarian permukaan) dan penggunaan anjing pengesan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Turut terlibat Unit Penyelam oleh Pasukan Gerakan Marin," katanya dalam satu kenyataan.
Ahsmon memberitahu, meskipun pelbagai alternatif telah diambil oleh pasukan operasi namun pencarian terbatas oleh faktor seperti bentuk muka bumi, ancaman binatang buas, cuaca dan keadaan air pasang surut di lokasi pencarian.
Katanya, biarpun operasi telah dihentikan, namun pihak polis sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat awam untuk tindakan lanjut.
"Pasukan siasatan akan meneruskan tumpuan siasatan secara saintifik bagi merungkai petunjuk siasatan.
Eric Chang sebelum ini dilaporkan hilang di rumah pengasuhnya sekitar jam 9.00 pagi pada 7 Mac lalu di Taman Riverview Bintawa di sini.
Sehubungan kehilangan tersebut, polis telah menahan empat individu termasuk kedua-dua ibu bapa dan pasangan pengasuh Eric untuk membantu siasatan.
Susulan siasatan tersebut, pasangan pengasuh kemudian telah ditahan reman, dan pihak polis memulakan gerakan mencari mangsa secara agresif, dengan tumpuan di jeti Kampung Muara Tebas.
Pada Khamis, pasukan siasatan berjaya mendapatkan kebenaran Majisret Kuching untuk melanjutkan reman suspek sehingga 24 Mac.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Polis bagaimanapun belum mendedahkan apa yang berlaku serta motif di sebalik kejadian tersebut.
Mohd Nazrin Hamdan
Sat Mar 19 2022
Setelah tujuh hari tanpa sebarang petunjuk, proses pencarian kanak-kanak Eric Chang Wei Jie, 4 tahun, ditamatkan pada jam 6.00 petang pada Sabtu. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Operasi pencarian Eric dihentikan, tumpu kepada bukti saintifik - Polis
Setelah tujuh hari tanpa sebarang petunjuk, proses pencarian kanak-kanak Eric Chang Wei Jie, 4 tahun, ditamatkan pada jam 6.00 petang pada Sabtu.