NATIONAL
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah tidak terjejas - CAAM
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berjalan seperti biasa, dengan penyelarasan landasan sebagai langkah berjaga-jaga. -Gambar fail/Wikipedia
KUALA LUMPUR: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, berjalan seperti biasa setakat ini walaupun berlaku kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun, berkata pihaknya mengambil tindakan menyelaras semula landasan pelepasan dan pendaratan pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.
"Pendaratan pesawat kita arahkan menggunakan Landasan 15 manakala pelepasan dari Landasan 33. Hal ini bermakna penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah akan menghala ke utara manakala pendaratan juga dari arah utara.
"Ia bagi mengelakkan pesawat melintasi kawasan kejadian yang berada di selatan lapangan terbang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata jarak antara lokasi kejadian dengan lapangan terbang adalah lebih kurang enam kilometer.
Norazman berkata ketika ini, pihaknya juga bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memantau situasi berkenaan dan setakat ini keadaan masih terkawal.
Kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter itu menyaksikan api marak menjulang tinggi dengan sebanyak 112 mangsa dan 49 rumah terjejas setakat ini.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berjalan seperti biasa, dengan penyelarasan landasan sebagai langkah berjaga-jaga.
- Pendaratan pesawat diarahkan menggunakan Landasan 15 dan pelepasan dari Landasan 33 untuk mengelakkan kawasan kejadian.
- CAAM bekerjasama dengan JBPM untuk memantau situasi, dengan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang 500 meter.