awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi Rentas Sempadan: Lebih 3,000 kesalahan dilaporkan di tiga negeri - JPJ

Bernama
Bernama
08/12/2022
07:21 MYT
Operasi Rentas Sempadan: Lebih 3,000 kesalahan dilaporkan di tiga negeri - JPJ
Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata Negeri Sembilan mencatatkan kesalahan tertinggi dengan 1,380 kes berbanding Johor (1,112 kes) pada 19-21 Julai dan Melaka (627 kes) pada 27-29 Sept. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Sebanyak 3,119 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas Rentas Sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), yang diadakan di tiga negeri melibatkan Negeri Sembilan, Melaka dan Johor bagi tempoh Julai-Dis.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan Hanif Yusabra Yusuf berkata daripada jumlah itu, Negeri Sembilan mencatatkan kesalahan tertinggi dengan 1,380 kes berbanding Johor (1,112 kes) pada 19-21 Julai dan Melaka (627 kes) pada 27-29 Sept.
Beliau berkata operasi bersepadu itu, bertujuan memastikan keselamatan serta pematuhan pengguna jalan raya terhadap peraturan lalu lintas yang ditetapkan, serta memfokuskan penguatkuasaan terhadap kesalahan kenderaan lebih muatan, memandu memotong sebelah kiri.
"Bagi operasi di Negeri Sembilan, sebanyak 3,743 kenderaan diperiksa dan daripada jumlah itu, 820 kenderaan diambil tindakan serta 700 saman dikeluarkan bagi tiga hari operasi dijalankan bermula Selasa.
"Antara kesalahan tertinggi ialah kenderaan lebih muatan melibatkan 202 kes, tiada lesen memandu kompeten (181) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (149), lain-lain kesalahan (672)," katanya kepada pemberita selepas Operasi Rentas Sempadan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini hari ini.
Beliau berkata memandu tanpa lesen di bawah usia 17 tahun juga membimbangkan, dan ibu bapa dinasihatkan tidak membenarkan anak-anak mereka memandu tanpa lesen, kerana ia akan memberi kesan kepada pemilik kenderaan serta ibu bapa sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Negeri Sembilan
#Op Khas Rentas Sempadan
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan