awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR di tapak runtuhan Jalan Bangsar dihentikan

Bernama
Bernama
01/12/2016
06:36 MYT
Operasi SAR di tapak runtuhan Jalan Bangsar dihentikan
Operasi mencari mangsa lain yang mungkin tertimbus ketika kejadian runtuhan bangunan dan jejambat dalam pembinaan semalam ditamatkan jam 11 pagi ini selepas operasi menyeluruh dijalankan menggunakan khidmat anjing pengesan. - Gambar fail
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan runtuhan sebuah bangunan dan jejambat dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar petang semalam dihentikan pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Ruhisha Haris berkata operasi itu ditamatkan setelah pihaknya berpuas hati tiada lagi mangsa yang tertimbus di kawasan runtuhan itu.
"Operasi mencari mangsa lain yang mungkin tertimbus ditamatkan pada 11 pagi hari ini selepas operasi secara menyeluruh dijalankan menggunakan khidmat dua anjing pengesan.
"Sehingga kini tiada sebarang penemuan atau petanda mengenai mangsa yang dikatakan tertimbus petang semalam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Ruhisha berkata operasi SAR hari ini melibatkan 68 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).
Insiden runtuhan kira-kira 3.30 petang itu menyebabkan seorang pekerja kontrak warga Vietnam berumur 21 tahun maut manakala lima lagi cedera.
Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor dilaporkan berkata seorang lagi pekerja warga Bangladesh dikhuatiri turut tertimbus dan operasi SAR dilakukan sejak petang semalam.
Topic Berkaitan
#Jalan Bangsar
#runtuh
#sap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan