Skip to main content

Malaysia

Operasi SAR helikopter hilang dimulakan 6 pagi ini

71462495360_HelikopterHIlang.jpg
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara menyeluruh helikopter  RPC 6828 di kawasan Sebuyau yang dilapor hilang petang Khamis bermula jam 6 pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata operasi awal SAR telah dimulakan sejak Khamis malam.

Muhammad Sabtu juga menjelaskan PDRM  akan bekerjasama dengan semua pihak dalam operasi tersebut.

Helikopter itu berlepas dari Betong pada jam 4.12 petang pada Khamis sebelum terputus hubungan pada jam 4.32 petang.

Helikopter itu dilaporkan terputus hubungan ketika berada di kawasan Triso di Sri Aman.

Perjalanan melalui udara dari Betong ke Kuching biasanya akan memakan masa selama 35 minit.

Helikopter tersebut dikatakan membawa lima orang penumpang, termasuk dua ahli Parlimen dan salah seorangnya dipercayai merupakan anggota Kabinet.

Advertisement

Must Watch Video